Skip to main content

PROFILE



PROFEZ telah diasaskan oleh En Wan Saiful Hafez bin Amran semenjak April 2008 yang pada awalnya hanya mengeluarkan sabun basuhan baju untuk kegunaan dobinya "LAMAN AMPAIAN" yang terletak di Bandar Sri Damansara. Pada awalnya PROFEZ telah bernaung di bawah syarikat PROFEZ HOLDINGS SDN BHD bersama sama syarikat dobinya. Namun pada 19hb February 2013, En Wan Saiful Hafez telah menubuhkan syarikat yang dikenali sebagai PROFEZ BIO MARKETING yang bertanggungjawab mengeluarkan, membuat RND dan memasarkan kesemua produk cucian dan wangian berkaitan PROFEZ. Dan terkini kami telah bertukar ke syarikat PROFEZ BIO MANUFACTURING.

PROFEZ kini boleh diiktiraf sebagai pengeluar pada sekala sederhana yang sedang membangun dengan pesat. Syarikat ini adalah milik 100% bumiputera, dan merupakan satu satunya syarikat bumiputera 100% yang membuat dan membina produknya sendiri. PROFEZ kini berjaya memasarkan produk mereka di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Pengguna penguna produk PROFEZ terdiri daripada pengusaha dobi, pengguna rumah, hotel, kedai makan dan syarikat pembersihan.


PROFEZ sentiasa memastikan produknya kekal berkualiti, bersih dan menjimatkan standing dengan produk produk terkenal dipasaraya masa kini. Kami tetap dengan motto perniagaan kam iaitu untuk menghasilkan produk hijau yang berunsurkan tumbuh tumbuhan dan selamat untuk semua pengguna, mesin dan alam sekitar. 

Kami amat berbangga kerana setelah 8 tahun berusaha memperkenalkan produk kami kepada pengusaha dobi, kini telah hampir 600 kedai dobi menggunakan produk kami diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kami juga mempunyai lebih 20 agen dan pemborong yang menjual produk kami di seluruh Malaysia dan mempunyai lebih 15 produk pembersihan dan wangian untuk kegunaan pelbagai lapisan pengguna di Malaysia.

Comments