Skip to main content

PRODUK


KOMERSIAL
Rangkaian produk kegunaan dobi dan dobi layan diri, restoran, kedai makan, hotel, hospital dan industri pembersihan ofis. Semua produk ini dikeluarkan dalam pek 25kg atau 10kg.

  • Collar Spray
  • Peluntur (Clorox)
  • Sabun Lantai (Floor Cleaner)
  • Sabun Tangan (Hand Soap)
  • Sabun Baju (Detergent)
  • Pelembut Pakaian (Softener)
  • Pencuci Tandas (Toilet Bowl Cleaner)
  • Pencuci Cermin Kaca (Glass Cleaner)
  • Penyegar Ruang (Air Freshner)
  • Penyegar Tandas (Toilet Freshner)
  • Sabun Kurang Buih (Low Sud Detergent)
  • P-Lotion
  • Pemudah Gosok (Easy Iron)
  • Syampu Kereta (Car Shampoo)
  • Pewangi Cucian Kering (Dry Cleaning Perfume)

Sabun dan Pelembut Dobi Layan Diri


Sabun dan pelembut cair dobi layan diri PROFEZ ini diciptakan khas untuk mesin pam yang menyedut bahan kimia basuhan dari belakang mesin secara automatik. Sabun ini mempunyai wangian Rose yang wangi dan serta dikuatkan lagi dengan pelembut wangian rose, cucian pelanggan anda pasti terpukau dengan keharumannya yang berkekalan.

Ianya juga diformulasikan lebih cair dari sabun biasa dan mempunyai bahan penghilang kotoran, karat, penaik warna, mampu menghilangkan daki yang baru dan mempunyai antibakteria.

Satu lagi kehebatan sabun ini, sukatan yang diperlukan unutk mesin 14kg adalah 80ml sahaja dan ianya sangat menjimatkan. Untuk pelembut, sukatannya 55ml unutk 6-7kg basuhan.

Kami mengeluarkan produk ini dengan harga mampu bagi kemajuan perniagaan bersama dan kualiti terbaik untuk pengguna di luar sana.



Oxie Bleech



Oxie Bleach PROFEZ adalah bahan terbaik untuk menghilangkan kotoran degil seperti lemak, darah, koko, kopi, kari, daki dan kulat. Ianya adalah bleach berunsurkan oxygen yang mampu memastikan kotoran hilang tetapi warna baju anda tidak luntur. Oxie Bleach ini sesuai untuk baju berwarna. Cara penggunaannya, taburkan pada kotoran degil baju anda, dan tuangkan air panas ke atas bleach sehingga kotoran dan kain anda tenggelam. Biarkan selama 1 jam sebelum membasuhnya di dalam mesin.

Anti Rust




Serbuk Penghilang Karat PROFEZ ini mampu menghilangkan kotoran karat besi dan karat air dengan sangat berkesan. Dengan formulasi campuran garam laut, ianya mampu memberikan seri kembali kepada baju kesukaan anda. Cara penggunaannya, anda hanya perlu menaburkan serbuk ini ke tempat terkena karat dan lalukan air panas. Dalam 2 saat, kotoran karat anda akan hilang.


RUNCIT
Sabun Pakaian - Blue Active


Sabun pencuci pakaian PROFEZ adalah sabun yang diperbuat daripada tumbuh tumbuhan yang selamat untuk mereka yang berkulit sensitif. Sabun ini adalah produk pertama keluaran PROFEZ yang menggunakan bahan-bahan garam laut dan campuran pengakis kotoran lemak dan kotoran organik. Tiada bahan-bahan tajam di dalam formula ini dan ianya antara pilihan kedai kedai dobi seluruh Malaysia.

Diformulakan dengan mempunyai bahan melembut selepas mencuci. Tiada lagi baju keras selepas anda mengeringkan pakaian anda. Sabun ini mempunyai wangian passion yang wangi dan lembut yang akan memberikan kesegaran kepada pakaian anda.

Sabun ini memerlukan 50ml untuk mencuci 8kg pakaian anda. Penggunaan sabun ini adalah bergantung kepada jumlah pakaian yang dibasuh. 

Pelembut Pakaian - FLoral



Pelembut dan pewangi pakaian PROFEZ ini adalah diformulakan dengan menggunakan bahan-bahan kelapa sawit yang diimport dari Korea. Bahan ini mampu melembutkan pakaian anda dan memudahkan anda menggosok selepas membasuh. Ianya perlu dimasukkan ketika bilasan terakhir.

Pewangi yang digunakan untuk formula ini juga sangat wangi dan mengharumkan. Ia mampu memberikan kesegaran kepada pakaian anda.

Sabun Ekonomi Madam Pro



Sabun pencuci fabrik dari katgori MADAM PRO PROFEZ ini adalah SABUN PEK EKONOMI yang diformulakan menggunakan bahan-bahan garam laut dan campuran pengakis kotoran lemak dan kotoran organik. Tiada bahan-bahan tajam di dalam formula ini dan ianya antara pilihan kedai kedai dobi seluruh Malaysia. Sabun ini mempunyai wangian Fresh Rose, Lavender dan Lemon yang wangi dan lembut yang akan memberikan kesegaran kepada pakaian anda.

Ianya:
  • pekat
  • wangi
  • anti-bakteria
  • memudahkan menggosok
  • megawal penurunan warna
  • membersih
  • menggebukan 
Sabun ini memerlukan 70ml untuk mencuci 8kg pakaian anda. Penggunaan sabun ini adalah bergantung kepada jumlah pakaian yang dibasuh

Multi Purpose Perfume


Penyembur kesegaran PROFEZ yang sangat wangi dan kekal lama ini adalah menggunakan pati pewangi floral yang mahal untuk memberikan ketahanan yang berpanjangan. Anda hanya perlu menyemburkan pewangi ini pada fabrik dan biarkan. Ianya tidak akan bertompok dan penggunaannya adalah sangat sedikit. 


Boleh digunakan utk semua jenis tujuan mewangikan..
  • kereta
  • tilam / carpet
  • tandas
  • fabrik
  • airfreshner
  • dry clean perfume
  • linen
dan sebagainya. Anda kreatif? Pelbagaikan tujuan kegunaan dgn wangian hebat dan bertahan lama ini!!! Sudah pasti anda dan pelanggan jatuh cinta.


Easy Iron



Bahan memudahkan menggosok pakaian PROFEZ ini adalah bahan yang diperbuat daripada lemak kelapa sawit berbanding kanji seperti dipasaran. Uniknya formula PROFEZ ini, ianya tidak akan mengeraskan baju walaupun digunakan dengan kuantiti yang banyak dan sudah pasti tidak akan meningalkan kesan tompak pada pakaian kesayangan anda. Malah akan memberikan wangian yang harum selepas menggosok pakaian.

Sabun Pinggan Mangkuk





Cecair pencuci pinggan PROFEZ  adalah bahan pencuci yang digunakan terutamanya untuk mencuci gelas, pinggan, sudu, mangkuk dan peralatan memasak. Cecair  ini mempunyai wangian Lime yang segar dan mampu menghilangkan kesan-kesan minyak dan kotoran degil pada alatan dan pinggan mangkuk anda.

Pencuci Lantai





Pencuci lantai PROFEZ ini mempunyai bau Lavender yang wangi dan pasti menyegarkan seluruh rumah anda. Kerja-kerja menjadi senang apabila anda hanya perlu membilas lantai anda dengan sekali bilasan sahaja. 

Pencuci Tangan


Sabun pencuci tangan PROFEZ adalah untuk mencuci dan membersihkan tangan anda. Sabun pencuci tangan PROFEZ ini membunyai wangian campuran buah-buahan yang sememangnya wangi. 





Comments