Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

PROFEZ kini membuka kilang ke 2 di Kok Lanas, Ketereh Kelantan

Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memudahkan urusan kami untuk melebarkan sayap perniagaan mengeluarkan sabun sabun suci berasaskan tumbuh tumbuhan di sebelah Pantai Timur. Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PROFEZ, En Wan Saiful Hafez bin Amran rasa sangat teruja dengan pembukaan kilang di Kelantan ini. Beliau yang telah lama merancang untuk membuka kilang ini sejak awal tahun 2015, berusaha merancang dan mencari jalan untuk merealisasikan idea yang di ilhamkan oleh rakan kongsi nya En Hamizan bin Manaf yang secara rasmi dilantik sebagai Pengarah Urusan Gomore Profez Industries (Kelantan).

Kami jangkakan peningkatan jualan sebanyak 65% tahun 2016 setelah kilang ini berjaya beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 2016. Ini kerana, sejak awal sabun PROFEZ diperkenalkan, permintaan di sebelah Pantai Timur adalah sangat tinggi. Pembukaan kilang ini dapat mengurangkan kos pengangkutan yang sangat tinggi. Ini bakal membantu pihak syarikat meletakkan harga jualan sa…

Satu lagi pencapaian PROFEZ

Satu lagi usaha PROFEZ untuk melihat pandangan professional tentang urusan perniagaan PROFEZ. Kami dijemput untuk menyertai program SCORE ini minggu lepas. Kami masih lagi kabur dengan usaha ini tetapi kami berharap agar ianya berbaloi. Kami juga tidak tahu bagaimana SME Corp boleh menjejaki kami yang kecil ini namun kami bersyukur kerana ini mungkin petunjuk daripada Allah.

Kami belum pernah didekati oleh mana mana program usahawan dari badan badan kerajaan, GLC mahupun swasta. Jadi perkara sedemikian agak memeranjatkan kami. Walaubagaimana pun, ini adalah satu lagi pencapaian buat kami di PROFEZ. Semoga adalah hasil daripada penilaian ini.

Posted via Blogaway