Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Wednesday, December 9, 2015

PROFEZ kini membuka kilang ke 2 di Kok Lanas, Ketereh Kelantan

Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memudahkan urusan kami untuk melebarkan sayap perniagaan mengeluarkan sabun sabun suci berasaskan tumbuh tumbuhan di sebelah Pantai Timur. Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PROFEZ, En Wan Saiful Hafez bin Amran rasa sangat teruja dengan pembukaan kilang di Kelantan ini. Beliau yang telah lama merancang untuk membuka kilang ini sejak awal tahun 2015, berusaha merancang dan mencari jalan untuk merealisasikan idea yang di ilhamkan oleh rakan kongsi nya En Hamizan bin Manaf yang secara rasmi dilantik sebagai Pengarah Urusan Gomore Profez Industries (Kelantan).

Kami jangkakan peningkatan jualan sebanyak 65% tahun 2016 setelah kilang ini berjaya beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 2016. Ini kerana, sejak awal sabun PROFEZ diperkenalkan, permintaan di sebelah Pantai Timur adalah sangat tinggi. Pembukaan kilang ini dapat mengurangkan kos pengangkutan yang sangat tinggi. Ini bakal membantu pihak syarikat meletakkan harga jualan sama seperti di Lembah Klang dan meringankan beban kos pembelian oleh orang orang di Pantai Timur khususnya Kelantan.


Semoga dengan usaha murni kami ini diberkati Allah SWT dimasa yang mendatang. Jika berminat untuk menjadi agen di Kelantan dengan keuntungan yang menarik, sila hubungi En Hamizan di talian 0179228201. Kami akan memberikan produk berkualiti dengan harga berpatutan.

"Bersih, suci, wangi, sumber tumbuh tumbuhan dan garam laut"

"PILIH PROFEZ SOKMO"


No comments:

Post a Comment

Followers

PROFEZ Visitors