Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Monday, October 26, 2015

PROFEZ BIO MARKETING & Perkembangan

PROFEZ BIO MARKETING diilhamkan oleh En Wan Saiful Hafez bin Hj Amran pada tahun 2008 khas untuk membangunkan produk sabun PROFEZnya sendiri. Berdaya saing dan kian berkembang pesat dalam pasaran sabun tempatan. Sejak bersaing dalam sektor pembuatan sabun ini pelbagai cabaran dan rintangan yang kami hadapi.

Cabaran ini telah banyak mematangkan PROFEZ dalam memajukan perniagaannya. Satu kebanggaan, PROFEZ tidak pernah mendapatkan bantuan kewangan daripada mana mana agensi kerajaan maupun perbankan. Ini tidak bermaksud PROFEZ menolak pembangunan syarikat, tetapi cabaran cabaran yang pernah dihadapi oleh Pengurus syarikat di masa lalu dijadikan iktibar buat diri beliau dalam perniagaan.


Pengurusnya sentiasa mahukan yang terbaik dalam penghasilan sabun dan produk produk yang dikeluarkan oleh PROFEZ. Jarang sekali beliau melepaskan tugasan pembuatan maupun penelitian kualiti kepada pekerjanya. Walaupun jumlah pekerja di PROFEZ BIO MANUFACTURING ini hanyalah 3 orang, namun ia sudah cukup bagi PROFEZ memenuhi permintaan di pasaran tempatan.

En Hafez adalah seorang yang sangat teliti dalam menghasilkan produk. Ketelitian inilah yang mampu menarik hampir 500 kedai dobi di seluruh Malaysia kerana kualitinya dan hasil cucian selepas digunakan amat terbaik.

PROFEZ juga mementingkan kebersihan bekas bekas sabun besarnya dalam keadaan bersih dan selamat. Disebabkan ini jugalah produk yang dituang tong ini untuk kedai dobi dipastikan sangat bersih dan baik untuk kegunaan pengguna akhir.


PROFEZ dengan bangganya adalah syarikat 100% bumiputera milikkan En Wan Saiful Hafez bin Hj Amran yang bermula dari bawah dan merangkak. Kami sangat teruja akan kemampuan syarikat kami kini. Apabila terlihat produk kami di rak showroom kami di Bayu Permai, Rawang, terbayang pula kami disaat memperkenalkannya buat pertama kali.

Kesusahan kami dalam menaikkan nama PROFEZ adalah satu kenangan manis yang sukar dilupakan. Sehingga kini, kami juga berbangga kerana syarikat syarikat luar bertanyakan mengenai perusahaan kami. Walaupun belum lagi terdapat tindakkan susulan daripada mereka, kami tetap berdoa agar suatu hari nanti, ianya dapat merubahkan lagi landskap perniagaan kami dan akhirnya dapatlah kami membuka ruang pekerjaan kepada Rakyat MALAYSIA khususnya.

Semoga urusan ini dan perniagaan kami kekal selamanya....


No comments:

Post a Comment

Followers

PROFEZ Visitors