Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Wednesday, December 9, 2015

PROFEZ kini membuka kilang ke 2 di Kok Lanas, Ketereh Kelantan

Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memudahkan urusan kami untuk melebarkan sayap perniagaan mengeluarkan sabun sabun suci berasaskan tumbuh tumbuhan di sebelah Pantai Timur. Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PROFEZ, En Wan Saiful Hafez bin Amran rasa sangat teruja dengan pembukaan kilang di Kelantan ini. Beliau yang telah lama merancang untuk membuka kilang ini sejak awal tahun 2015, berusaha merancang dan mencari jalan untuk merealisasikan idea yang di ilhamkan oleh rakan kongsi nya En Hamizan bin Manaf yang secara rasmi dilantik sebagai Pengarah Urusan Gomore Profez Industries (Kelantan).

Kami jangkakan peningkatan jualan sebanyak 65% tahun 2016 setelah kilang ini berjaya beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 2016. Ini kerana, sejak awal sabun PROFEZ diperkenalkan, permintaan di sebelah Pantai Timur adalah sangat tinggi. Pembukaan kilang ini dapat mengurangkan kos pengangkutan yang sangat tinggi. Ini bakal membantu pihak syarikat meletakkan harga jualan sama seperti di Lembah Klang dan meringankan beban kos pembelian oleh orang orang di Pantai Timur khususnya Kelantan.


Semoga dengan usaha murni kami ini diberkati Allah SWT dimasa yang mendatang. Jika berminat untuk menjadi agen di Kelantan dengan keuntungan yang menarik, sila hubungi En Hamizan di talian 0179228201. Kami akan memberikan produk berkualiti dengan harga berpatutan.

"Bersih, suci, wangi, sumber tumbuh tumbuhan dan garam laut"

"PILIH PROFEZ SOKMO"


Satu lagi pencapaian PROFEZ

Satu lagi usaha PROFEZ untuk melihat pandangan professional tentang urusan perniagaan PROFEZ. Kami dijemput untuk menyertai program SCORE ini minggu lepas. Kami masih lagi kabur dengan usaha ini tetapi kami berharap agar ianya berbaloi. Kami juga tidak tahu bagaimana SME Corp boleh menjejaki kami yang kecil ini namun kami bersyukur kerana ini mungkin petunjuk daripada Allah.

Kami belum pernah didekati oleh mana mana program usahawan dari badan badan kerajaan, GLC mahupun swasta. Jadi perkara sedemikian agak memeranjatkan kami. Walaubagaimana pun, ini adalah satu lagi pencapaian buat kami di PROFEZ. Semoga adalah hasil daripada penilaian ini.


Monday, October 26, 2015

PROFEZ BIO MARKETING & Perkembangan

PROFEZ BIO MARKETING diilhamkan oleh En Wan Saiful Hafez bin Hj Amran pada tahun 2008 khas untuk membangunkan produk sabun PROFEZnya sendiri. Berdaya saing dan kian berkembang pesat dalam pasaran sabun tempatan. Sejak bersaing dalam sektor pembuatan sabun ini pelbagai cabaran dan rintangan yang kami hadapi.

Cabaran ini telah banyak mematangkan PROFEZ dalam memajukan perniagaannya. Satu kebanggaan, PROFEZ tidak pernah mendapatkan bantuan kewangan daripada mana mana agensi kerajaan maupun perbankan. Ini tidak bermaksud PROFEZ menolak pembangunan syarikat, tetapi cabaran cabaran yang pernah dihadapi oleh Pengurus syarikat di masa lalu dijadikan iktibar buat diri beliau dalam perniagaan.


Pengurusnya sentiasa mahukan yang terbaik dalam penghasilan sabun dan produk produk yang dikeluarkan oleh PROFEZ. Jarang sekali beliau melepaskan tugasan pembuatan maupun penelitian kualiti kepada pekerjanya. Walaupun jumlah pekerja di PROFEZ BIO MANUFACTURING ini hanyalah 3 orang, namun ia sudah cukup bagi PROFEZ memenuhi permintaan di pasaran tempatan.

En Hafez adalah seorang yang sangat teliti dalam menghasilkan produk. Ketelitian inilah yang mampu menarik hampir 500 kedai dobi di seluruh Malaysia kerana kualitinya dan hasil cucian selepas digunakan amat terbaik.

PROFEZ juga mementingkan kebersihan bekas bekas sabun besarnya dalam keadaan bersih dan selamat. Disebabkan ini jugalah produk yang dituang tong ini untuk kedai dobi dipastikan sangat bersih dan baik untuk kegunaan pengguna akhir.


PROFEZ dengan bangganya adalah syarikat 100% bumiputera milikkan En Wan Saiful Hafez bin Hj Amran yang bermula dari bawah dan merangkak. Kami sangat teruja akan kemampuan syarikat kami kini. Apabila terlihat produk kami di rak showroom kami di Bayu Permai, Rawang, terbayang pula kami disaat memperkenalkannya buat pertama kali.

Kesusahan kami dalam menaikkan nama PROFEZ adalah satu kenangan manis yang sukar dilupakan. Sehingga kini, kami juga berbangga kerana syarikat syarikat luar bertanyakan mengenai perusahaan kami. Walaupun belum lagi terdapat tindakkan susulan daripada mereka, kami tetap berdoa agar suatu hari nanti, ianya dapat merubahkan lagi landskap perniagaan kami dan akhirnya dapatlah kami membuka ruang pekerjaan kepada Rakyat MALAYSIA khususnya.

Semoga urusan ini dan perniagaan kami kekal selamanya....


Saturday, October 24, 2015

PROFEZ coin laundry detergent

PROFEZ Bio Manufacturing this month has produced more than 10 tonnes detergent for their customers. The increase in the demand probably because of the coin laundry operators that has increased to 25 laundry operators compared in the first quarter of this year. We have focused the promotion to the coin laundry operators since April as we have produced a good quality organic detergent that could guaranteed the safety of the public user.


The demand has rised not just for the Klang Valley but also in other state like Melaka, Perak and Pahang and today we have supplied to our customer in Negeri Sembilan in Seremban 2. So far, the customers happy with the service we offered to them and the quality maintained by our staff with the product monitoring by our Managing Director En Wan Saiful Hafez bin Hj Amran.


Our softener for coin laundry is a fantastic product that with bring a soft and lovely scent not just to customers fabrics but also to the coin laundry shop 24 hours. Without using any animal fat for the softening purposes, with a minimal of 30ml for each wash cycle it will soften the customer fabrics and make easy for them to iron at home. PROFEZ always make an improvement to the formula and now considering in upgrading the power of the detergent and scent of the softener.


For interested Coin Laundry Operators, you may contact our hotline number at 012 6410091 Pn Zue for the pricing and delivery. For now we can arrange delivery of the product all around Malaysia including Sabah and Sarawak.

We assure satisfaction to our customer and the quality at the best price as possible. Any inquiry can be submitted to admin@profezbio.com.my.


Thursday, August 6, 2015

sabun SUPER EKONOMI


Hari ini tercipta formula sabun Super Ekonomi Liquid Detergent yang mampu menanggalkan kotoran. 8kg air memerlukan 50ml sabun iaitu separuh 1 penutup dynamo biasa. Harga jualan untuk 25kg ialah:
1 drum 25kg - RM55.00/drum
10kg sabun - RM25.00/botol


DELIVERY RM350 KEATAS SHJ - boleh campur barang2 dr senarai produk yg kami ada ...harap maklum
10kg tiada langsung penghantaran dibuat. Datang lah ke kilang kami.


Bukti cubaan BASUHAN TANGAN kami utk jaket motor.
1) air bersih
2) rendam, sental dan bilas jaket dgn sabun (sukatan:separuh penutup botol dynamo)
3) baki air bilasan yg meninggalkan kotoran hitam
4) jaket yg sudah dicuci bersih

Monday, August 3, 2015

Salam SYAWAL

Assalamualaikum
Setelah hampir seminggu bercuti raya, ksmi kembali beroperasi spt biasa oada 23/7/15.
Tempahan juga alhamdulillah bertalu2 masuk dr pelanggan tetap dan tak kurang juga penambahan pelanggan baru.
So ini adalah sebahagian dr cerita minggu lepas.
Jauh di utara pelanggan kami ni..tp ni dah kali ke2 mengorder..dan bertambah kuantiti yg dipesan.
20 drum sabun dan pelembut cair utk selflaundry - Splash Coin Laundry.
Terima kasih ms Azalea.

Pelanggan baru kami dr Hulu Langat - Ezywash Coin Laundry di Orchard Santika. Walaupun jauh kami tetap membuat penghantaran tetapi dengan caj yg minima dan jumlah pembelian yg ditetapkan. Terima kasih daun keladi Pn Nadia Suyat.

Bagi pelanggan yg selalu berpikir nak percuma untuk penghantaran, cuba fiikirkan kembali kos yg anda sendiri perlu hadapi apabila terpaksa membuat pembelian terus dr kilang kami atau dr kedai lain juga - kos petrol, kos masa dan kos tenaga anda..begitu juga dengan kami. Harap kita saling bantu membantu untuk bersama berjaya.




Tempahan 012-6410091 (pn Zue)

Monday, June 8, 2015

Testimonial produk - Oxie Bleech

Oxie Bleach PROFEZ yang mampu mengubah fabrik lama anda kepada lebih cantik. Bukan baru ya! Nak baru kena beli baru la ya... ��.

Pelanggan kami DOBI ADAMINA di Marang* Terengganu telah pun menggunakannya sendiri dan hasilnya seperti di gambar. Anda berminat? Kami boleh poskannya. Cara penggunaan juga disertakan. Pos tidak ditanggung. Hubungi 0126410091 Pn Zue untuk maklumat lanjut.

Saturday, May 16, 2015

PROFEZ KE KEDAI RUNCIT

16 April 2015 adalah satu detik sejarah bagi PROFEZ kerana dengan langkah berani memasuki ke kedai pertama yang menerima produk kami. Tujuan asalnya ingin mendekatkan PROFEZ dengan orang ramai dan Kota Damansara menjadi tapak pertama kami ke kedai runcit.

Langkah berani ini di ilhamkan oleh pengusaha kedai Raudhah ini sendiri dalam cuba memasarkan produk produk orang Islam khususnya produk bumiputera.

Kami amat berbesar hati menerima pelawaan sahabat kami ini untuk memastikan kedainya menjadi pilihan orang Islam untuk datang membeli produk-produk bumiputera khususnya yang halal.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk PROFEZ dan ingin berkunjung ke kedai Hub Halal ini anda boleh datang ke hub halalmart

"Premier Raudhah Shoppe, Kota Damansara, Jln Cecawi 6/33."

Datanglah ke kedai ini untuk mendapatkan produk PROFEZ dan membantu meningkatkan ekonomi umat Islam.

Kami berharap, para pengunjung website kami yang berada di Kota Damansara dan sekitarnya, datanglah ke Raudhah Shoppe untuk mendapat produk kami. Kami lampirkan sekali lokasi kedai ini untuk memudahkan anda mengunjungi kedai ini.

Monday, March 30, 2015

PROFEZ Anti Rust (Penghilang karat pakaian)


Anda mempunyai baju kesayangan yang terkena besi karat hanger anda? Atau terkena air yang berkarat? Anda nak pakai baju anda tetapi nampak tak cantik bila ada tompokkan karat?

Kini PROFEZ ada penyelesaiannya!! Gunakan PROFEZ Anti Rust untuk menghilangkan kotoran karat pada fabrik anda! Produk yang diformulakan untuk menghilangkan karat ini juga akan menjaga pakaian anda menjadikan lebih bersih dan ceria.

Diperbuat dari bahan organik, PROFEZ Anti Rust ini mempunyai bahan asas garam suling yang sangat selamat untuk kulit anda. Ianya juga sangat "Environment Friendly" jika dibuang ke dalam lubang kumbahan.

Dapatkan produk PROFEZ Anti Rust ini dengan harga:-
450grm - RM10.00 dipasaran

PROFEZ Anti Rust ini boleh digunakan pada pakaian putih dan juga berwarna. Ianya tidak melunturkan malah akan menaikkan lagi seri pakaian anda.

Cara penggunaannya ialah:

1. Letakkan sedikit PROFEZ Anti Rust pada tempat yang berkarat.
2. Tuangkan air panas dan biarkan tempat yang terkena karat itu tenggelam.
3. Gaul sedikit
4. Bila karat sudah hilang, bilas dan basuh seperti biasa.

Untuk mendapatkan produk ini, sila berhubung dengan Pn Zue ditalian 0126410091 (Call/SMS/Whatsapp) untuk mendapatkan lokasi kilang kami di Rawang.

Saturday, March 14, 2015

BIO Freshner - pewangi fabrik terunggul!

Pewangi pakaian ini adalah produk pewangi PROFEZ yang mempunyai banyak perbezaannya. Juga salah satu produk pilihan kedai dobi, produk ini menjanjikan kesegaran bau lembut berpanjangan pada fabrik anda.

Produk ini diperbuat dari pati wangian rose lembut, dicampur anti bac dan bahan pengekal bau yang akan mengering selepas melekat pada fabrik anda. Usah risau jika anda menggunakannya dengan banyak. Anda pasti akan berpuas hati.

Harga jualan:-

500ml Spray head - RM28
10kg - RM340.00

1 Spray bottle mampu mewangikan lebih daripada 5000 helai baju. Penggunaannya hanya 0.08ml sahaja!

Anda boleh mendapatkan Bio Freshner ini di Kilang kami di Rawang atau melalui:-

Admin (Zue) :- 012 641 0091
Email:- admin@profezbio.com.my

Friday, March 6, 2015

PROFEZ jenama cucian dipercayai oleh Pengusaha Dobi

Terima kasih di atas sokongan para pengusaha dobi ke atas produk kami. Kami amat menghargai sokongan kalian dan akan sentiasa menjaga kualiti agar semua pelanggan kami berpuas hati dengan produk kami. Menurut pengusaha-pengusaha dobi ini, mereka sudah tidak memerlukan colar spray atau multicleaner sekarang untuk dicampurkan dalam sabun seperti dahulu sewaktu menggunakan sabun murah.

Sabun PROFEZ mempunyai bahan-bahan yang mampu menghilangkan kotoran protein, lemak, darah, bau dan lain-lain. Harganya seperti berikut:-

5kg - RM27
10kg - RM35
25kg - RM65

Kualiti adalah terbaik dan setanding dengan sabun-sabun mahal dan berjenama terkemuka di pasaran. Sabun berkualiti dengan harga berpatutan.

Hubungi:-
Admin (Zue):- 012 641 0091
Email:- admin@profezbio.com.my

Saturday, February 28, 2015

Oxie Bleach PROFEZ - agen rendaman

Memperkenalkan produk terbaru PROFEZ yang mampu menanggalkan kotoran degil dan mencerahkan lagi fabrik anda tanpa menghakis warna. Inilah dia Oxie Bleach agen merendam yang boleh membantu anda untuk membersihkan fabrik.

Oxie Bleach bukan sahaja mampu membersih malah mampu menghapuskan bau kotoran dan menjadikan pakaian anda berbau neutral. Pakaian anda juga akan sentiasa bersinar walaupun selepas berkali kali basuhan. Produk ini juga produk pilihan pengusaha dobi dalam spot cleaning mereka.

Penggunaan Oxie Bleach ini adalah mengikut jumlah baju yang hendak direndam. Dengan 2 sudu besar Oxie Bleach, seperti dalam gambar pertama, dimasukkannpula air panas sehingga tenggelam, dan dibiarkan selama 1 hingga 2 jam. Semakin lama anda biarkan, semakin bersih pakaian anda.

Oleh kerana bahan ini diperbuat daripada bahan berunsur oksigen, maka bahan ini tidak menghakis. Ianya mengembangkan benang-benang fabrik, dan membantu dalam menarik keluar kotoran degil.

Setelah sejam merendam, air rendaman akan menjadi seperti gambar no dua. Adalah lebih baik jika kesemua buih rendaman hilang dan baru mulakan process membilas. Ini kerana pada tahap ini bahan Oxie masih lagi bertindak balas. Jika Oxie Bleach ini tidak melukan pakaian anda, maka sudah pasti tangan dan kulit anda juga terjaga. Usah bimbang!

Untuk menambah kebersihan dan mewangikan fabrik, anda bolehlah mencuci semula didalam mesin dan akan lebih wangi jika menggunakan sabun PROFEZ yang berunsurkan tumbuhan.

Digambar yang paling bawah itu adalah hasilnya selepas diperah dan dikeringkan. Anda boleh bezakan kecerahan fabrik melalui gambar ini. Jika di basuh, pasti kesemua daki tadi boleh dihilangkan.

Dapatkan segera Oxir Bleach PROFEZ dengan harga:-

1kg - RM22.00

Untuk mendapatkan produk ini, sila berhubung dengan pihak admin kami di talian:-

012 641 0091 (Zue)
admin@profezbio.com.my

Dapatkan segera!

Monday, February 16, 2015

Sabun PROFEZ mempunyai dual formula khas untuk kegunaan pelbagai jenis mesin.

Kami juga menyediakan servis penghantaran ke kedai dobi. PERCUMA untuk kedai kedai dobi di Kuala Lumpur dan 30km Radius. Minimum delivery 6 drum sahaja.

Di atas adalah tempat yang kami hantar pagi tadi. Mr Laundry adalah pelanggan baru kami yang mula mempercayai kualiti sabun kami dan P-Lotion rose kami.


Ini pula dobi self service juga dalam daerah Kajang di Bandar Seri Putera yang agak jauh dari Rawang. Kami terpaksa mengenakan caj RM30 untuk penghantaran kerana jarak dari Rawang sangat jauh. Ianya memakan masa 1 jam perjalanan.

Sabun terbaru kami khas untuk pengusaha Self Laundry yang menggunakan auto pump pada mesin basuhan mereka. Sabun ini berformula khas walaupun cair, tetapi dengan formula berkuasa baru PROFEZ, ianya mampu membersih dan memberi sinar kepada pakaian yang dicuci.

Jika berminat mendapatkan produk kami sila berhubung dengan pegawai dibawah:

Pn Zue (CALL/SMS/WHATSAPP) - 012 641 0091
Email:- admin@profezbio.com.my


Followers

PROFEZ Visitors