Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

PENGUMUMAN PENTING

Salam semua penguna dan agen PROFEZ detergent dan softener,Kami sungguh bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang mendokong dan menggunakan produk kami. Kami juga sentiasa berusaha mengekalkan kualiti dan cuba menepati masa penghantaran produk kami kepada pelanggan kami. Sesungguhnya usaha ini berbaloi kerana telah ramai pengguna produk kami tak kira pengguna rumah mahupun pengguna dari kalangan pengusaha dobi. Untuk pengetahuan semua semenjak Ogos 2013, telah banyak kos yang meningkat bermula dengan material kemudian transportation juga melibatkan material, kemudian kos botol, dan akhirnya tariff elektrik yang meningkat sangat tinggi. Kami telah cuba sedaya upaya mengekalkan harga sehabis baik namun dengan kenaikan eletrik ini kami sudah tidak mampu menahannya lagi. Dengan ini kami ingin memaklumkan bahawa, akan ada kenaikan harga pada barangan Profez bermula 1hb February 2014.Amat berat untuk kami umumkan namun sebagai syarikat yang ingin bertahan dalam pasaran kini, juga meng…