Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Saturday, January 4, 2014

PENGUMUMAN PENTING

Salam semua penguna dan agen PROFEZ detergent dan softener,

Kami sungguh bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang mendokong dan menggunakan produk kami. Kami juga sentiasa berusaha mengekalkan kualiti dan cuba menepati masa penghantaran produk kami kepada pelanggan kami. Sesungguhnya usaha ini berbaloi kerana telah ramai pengguna produk kami tak kira pengguna rumah mahupun pengguna dari kalangan pengusaha dobi.

Untuk pengetahuan semua semenjak Ogos 2013, telah banyak kos yang meningkat bermula dengan material kemudian transportation juga melibatkan material, kemudian kos botol, dan akhirnya tariff elektrik yang meningkat sangat tinggi. Kami telah cuba sedaya upaya mengekalkan harga sehabis baik namun dengan kenaikan eletrik ini kami sudah tidak mampu menahannya lagi. Dengan ini kami ingin memaklumkan bahawa, akan ada kenaikan harga pada barangan Profez bermula 1hb February 2014.

Amat berat untuk kami umumkan namun sebagai syarikat yang ingin bertahan dalam pasaran kini, juga mengekalkan standard dan kualiti sabun kami yang sangat berbeza dengan sabun-sabun murah yang lain di pasaran, kami terpaksa meningkatkan harga-harga produk kami sejajar untuk mengekalkan margin kasar pada 25%-30% bagi menampung kos-kos pengeluaran. Kami ingin memohon maaf kepada semua pengguna dan agen untuk kenaikan ini kerana kami tidak mahu menurunkan kualiti dan akhirnya menyebabkan produk kami menjadi tidak sebagus sekarang.

Kami akan memaklumkan senarai harga baru dalam masa terdekat untuk makluman semua juga akan menghantar notis harga baru bagi agen-agen kami yang lain. Sekali lagi kami memohon maaf kerana gagal mengekalkan harga dengan lebih lama lagi.

Yang benar

PROFEZ BIO MARKETING MANAGEMENT.

No comments:

Post a Comment

Followers

PROFEZ Visitors