Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Thursday, April 18, 2013

Mengetahui sukatan Sabun PROFEZ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengguna PROFEZ.

Kali ini saya ingin memberi tunjuk ajar akan sukatan yang efficient untuk semua guna sabun dan softener PROFEZ. “Anda pandai guna anda jimat”.

DSC_0136

Adakah anda mempunyai bikar seperti di atas? Jikalau tiada, baiklah anda adakan. Bukan apa, jika anda tidak sukat, anda tidak akan tahu penjimatan sebenar penggunaan sabun anda, dirumah maupun di kedai dobi.

Kebanyakkan pengusaha dobi yang saya jumpa rata-rata menyukat menggunakan kaedah meneka. Malah ada yang main “hentam sahaja lah” (Untung saya kalau semua macam ni.. heheh). Untuk seseorang menggunakan sabun dengan betul, penyukatan semasa penggunaan adalah penting. Ada dikalangan pengusaha atau pengguna merasakan malas untuk menyukat. Bagi sesetengah orang, “asalkan ada buih, sudah la…”. Perkara ini adalah tidak baik bagi pengguna sabun bukan BIO juga tidak menjimatkan.

Untuk pengetahuan anda kebanyakkan sabun biasa dipasaran mengandungi bahan chemical tajam yang diperbuat daripada Petrolium based material yang disuling, Naphtha dan sodium hypochlorite.

DBSA 96%

Anda juga boleh membaca tentang keburukkan sabun-sabun yang tidak berunsurkan BIO di KLIK SINI. Hanya anda mampu mengubahnya.

Tidak seperti sabun PROFEZ, proses pembuatannya menggunakan Air Suling (deinised water), Surfactants & Water Conditioners daripada kelapa SLES (coconut), Lemak kelapa, garam laut dalam dan serbuk kelapa. Jadi, produk kami adalah produk Eco-Friendly (Mesra Alam).

Baik, berbalik kepada penggunaan sabun PROFEZ. Kebanyakkan sabun petrolium based mempunyai side effect jika penggunaannya berlebihan. Mesin anda akan sukar membilas lebihan sabun tersebut dan menyebabkan anda gatal-gatal jika berpeluh atau mempunyai kulit sensitif.

DSC_0137

Jika anda menyukat dengan betul, kadar sabun di mesin anda lebih kurang begini. Atau kurang sedikit lagi. Kebanyakkan daripada kita nak tengok buih banyak dekat mesin, dan sukatan saya ini anda boleh lakukan. Sukatan bagi basuhan berat saya ini, saya menggunakan sabun pekat 70ml untuk mesih 7kg saya. Caranya saya akan cairkan dulu di dalam bikar di atas dengan air sebelum saya masukkan ke dalam mesin. Untuk liquid detergent, anda di galakkan mengaktifkan dulu secara manual dengan mencampurkan dengan air sebelum memasukkan dalam mesin. Cara ini lebih effective untuk membersih.

Di bawah nanti, akan saya lampirkan sukatan sabun PROFEZ untuk pengguna-pengguna BERJIMAT dan lebih efficient dalam aktiviti basuhan. Sukatan yang saya berikan ini adalah untuk Sabun PROFEZ. Anda ikut, anda JIMAT!

DSC_0138

Sukatan untuk mesin pintu depan (Front loading) – Berat mesin:

6kg ke bawah penuh – 40ml dan kurang

7kg – 8kg penuh – 50ml (Satu penutup sabun 5kg PROFEZ)

10kg – 80ml

12kg – 90ml – 100ml

15kg – 120ml

(Sukatan di atas saya sukat menggunakan basuhan baju dan seluar. JIKA fabrik tebal, lebihkan sedikit sabun anda!)

DSC_0139

Jadi, inilah sukatan nya untuk 7kg mesin. Satu penutup botol sabun PROFEZ untuk kegunaan rumah, sudah memadai mencuci basuhan 7kg.

DSC_0140

Campurkan dengan air supaya ianya lebih aktif.

DSC_0141

Penuh bukan? Memang saya nak penuhkan terus bagi mesin tepu.

DSC_0142

Dan saya menggunakan sukatan tadi untuk basuhan penuh ini.

DSC_0143

Berapa banyak softener PROFEZ diperlukan??? Ini sahaja… tak perlu melimpah ruah kerana sabun PROFEZ pun dah wangi, sikit softener sudah boleh lebih wangikan lagi baju ini…

DSC_0144

Ini lah setting mesin yang saya gunakan tadi sebab nak cepat. Dan pasti basuhan anda akan lebih bersih!

Untuk mesin pintu atas (Top loading) – Berat mesin:

6kg ke bawah – 60ml ke 70ml

7kg – 8kg penuh – 90ml (Satu 3/4 penutup sabun 5kg PROFEZ)

10kg – 150ml

12kg – 160ml – 180ml

15kg – 200ml

Sukatan ini bergantung kepada penggunaan air dan untuk basuhan PENUH. Jangan pulak yang small pun anda guna sukatan ini… gerenti basuh buih nanti. Namun begitu, saya syorkan anda sukat dahulu. Untuk top loading ini adalah anggaran saya sahaja kerana top loading menggunakan air yang sangat banyak berbanding front loading.

Sebelum saya akhiri tips menggunakan Sabun PROFEZ, saya hendak juga memberitahu cara terbaik untuk mencairkan sabun. Jika 1 nisbah 1. Kegunaan nisbah ini bagi mereka yang dah siap-siap cairkan dalam baldi dan menggunakan bikar untuk sukatan. Ok?

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila email kepada wshafez@gmail.com atau call/sms 012-6454385 untuk maklumat tentang produk. Harga anda boleh klik di SINI.

Salam hormat daripada saya.

Hafez PROFEZ.

No comments:

Post a Comment

Followers

PROFEZ Visitors