Assalamualaikum semua,
Mulai 1hb Mei 2013, PROFEZ akan menjadi keluarga angkat Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Rawang. Bagi merealisasikan impian anak-anak yatim ini, SETIAP pembelian produk 5kg dan 25kg PROFEZ, RM1.00 akan didermakan kepada Ash Shakur. Anda membeli, sambil beramal. Jom beli produk PROFEZ.
PROFEZ terpanggil untuk membantu anak-anak yatim yang memerlukan bantuan ini. Untuk meningkatkan lagi dana, PROFEZ merasakan, dengan bantuan kecil ini, dapatlah kiranya membantu anak-anak ini meneruskan cita-cita mereka untuk menjadi insan yang lebih berjaya.
PROFEZ akan bersama anak-anak yatim ini pada 4hb Mei 2013 bagi melihat latihan nyanyian anak-anak ini yang bakal membuat persembahan di Istana Budaya pada 29hb Mei hingga 1hb Jun 2013. PROFEZ juga sedang mencari para sponsor untuk anak-anak yatim ini seramai 20 orang untuk dibelikan baju Melayu dan baju kurung. Sponsor bagi setiap anak adalah RM50 seorang. Bagi mereka yang berminat, boleh salurkan kepada Wan Saiful Hafez bin Amran di Maybank akaun 1621-0635-7903 bagi tujuan sponsorship ini. PROFEZ akan membawa anak-anak ini untuk membeli baju mereka pada 11hb-12hb Mei dan 18hb-19hb Mei 2013. Kami terpaksa pergi berperingkat kerana masalah pengangkutan.
Bagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan kepada Pertubuhan ini, anda boleh lah datang sendiri ke Rumah Anak Yatim ini di alamat berikut:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN EHSAN ASH-SHAKUR
NO 37, JALAN HIJAU 11/11,
BTP 16, BANDAR TASIK PUTERI,
48020 RAWANG, SELANGOR
atau menderma ke akaun MAYBANK
MBB 5124-0000-3033
Sumbangan ikhlas kalian semua amat dihargai.
Comments
Post a Comment