Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Thursday, June 9, 2011

Kursus Penuh bersama peserta

Salam, setelah lama berehat, kini kami mulakan langkah baru utk kursus seterusnya. Telah banyak yang dicurahkan dan semakin ramai student-student yg kian berjaya menjayakan objektif mereka mempunyai kedai dobi. 


Kak Lisa -IPOH telah pun beroperasi semenjak seminggu lalu. Saya masih gagal ke Ipoh atas sebab kerja yang terlalu banyak di KL dan Kuantan. Penyebaran ilmu sebenar Dobi adalah penting bagi mereka-mereka yang berkeinginan membuka sebuah kedai dobi. Pendedahan kepada mereka yang kata buka kedai dobi ini senang akan lebih menjelaskan lagi keadaan sebenar dan kerja-kerja yang perlu di lakukan. Paling penting apabila melayan kerenah pelanggan yang seribu satu macam.

Penafsiran bagi sesetengah orang yang dobi boleh di tengok dari jauh ini telah diterapkan oleh otai-otai lama yang pada dasarnya waktu itu situasi itu boleh diterapkan. Pada masa sekrg pekerja buruh semakin bijak mengambil kesempatan kepada kedai dobi yg tidak dijaga dengan baik oleh pengusaha. Sangat malang dan sedey bila melihat mereka yg baru ini kejatuhan sedikit demi sedikit.  


Satu sifat manusia di bumi Malaysia ini inginkan semua perkara percuma.... berkebajikan... tetapi tidak sedar, benda yang murah dan percuma ini selalunya tidak dihargai oleh orang ain maupun diri sendiri. Ilmu yang berkat adalah ilmu yg diambil dengan ikhlas dan yang selalu hilang adalah bagi mereka yg suka mencuri ilmu orang lain tanpa kebenaran.

Jadi, jika anda diluar sana ingin mempelajari ilmu2 tak kira ape jenis ilmu, carilah yang dapat memberi menafaat dan keberkatan kepada diri kita. Bukan mudah orang yg berilmu untuk mencari ilmu mereka... jadi sentiasa beringat.

Wassalam.

Followers

PROFEZ Visitors