Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Sunday, May 15, 2011

Kursus Di TTDI

Salam,

Lama tidak menulis. Baru selesai kursus di Semenyih semlm 14 - 15hb May 2011. Tapi itu bukan topik untuk kali ini. Kursus tertutup kedai dobi yg baru-baru ini saya anjurkan atas permintaan sebuah kedai dobi di TTDI bersama pemiliknya Cik Mira, En Faizal, Ibu dan Adik Cik Mira. Pengusaha Dobi muda yg berumur 24 dan 25 tahun ini nekad untuk berkecimpung dalam dunia dobi.


Ramai org menganggap bahawa perniagaan dobi ini adalah senang untuk di jalankan. Rata-rata peserta kursus yang saya tanya semuanya berminat membuka kedai dobi kerana rasa senang untuk di buat. Itulah sebabnya saya mengadakan kursus dobi asas dan praktikal ini agar semua orang yang mempunyai pendapat sedemikian membuka mata dan mula berfikir.

Saya kadang-kadang tersenyum sendiri melihatkan para peserta saya beriya-iya untuk menjalankan perniagaan ini sebelum menjalani kursus saya. Apabila saya terapkan "Actual Situation" atau keadaan sebenar muka yang ceria berubah menjadi cemas. Ada juga yang terlalu excited bila melihatkan teknik-teknik membersih yang saya tunjukkan dan keberkesanan menhilangkan kotoran yang saya demonstratekan pada mereka. Malah saya juga memberikan mereka ruang membuat sendiri teknik-teknik yang saya ajar untuk menghilangkan kotoran.


Melalui pemerhatian saya, para peserta saya tidak gugup menjalankan kerja-kerja basuhan dan spot cleaning. Cuma bila sampai ke latihan menggosok, semuanya mengeluh. Selalunya saya suka melihat teknik menggosok peserta daripada terus mengajar mereka. Bagi peserta lelaki, mereka yg jarang menggosok, aktiviti ini pastinya memenatkan.

Ada peserta saya yang menggosok baju kemeja 1 jam. Ada menggosok sampai 1 jam setengah. akan tetapi dengan teknik yg mereka belajar daripada saya, menjadi 1/2 jam. Ye lah, nak jadi 5 hingga 10 minit ni bukan calang-calang orang boleh buat. Lebih-lebih lagi mereka yang tak pernah menggosok. Saya yakin, skill menggosok ini akan hadir bila setiap orang melakukannya setiap hari.


Banyak lagi yang perlu peserta-peserta ini tahu dan faham dalam konsep membasuh dan membersih ni. Bukan sahaja itu malahan, process yang betul dan cara-cara menyusun kerja supaya tidaklah terpaksa tidur terus di kedai buat selamanya. Untuk student saya di TTDI ini, bila saya terangkan kepentingan menjaga basuhan dan menjadi pengusaha yang jujur, barulah beliau mengubah cara dan process yang telah diterapkan oleh pengusaha sebelum ini.

Oh yea, Cik Mira ini telah membeli kedai dobi ini daripada seorang bekas pengusaha dobi yang lain. Penat juga nak mengubah sikap pekerja Cik Mira yang rata-rata lali dengan process lama bekas majikannya. Banyak juga yang perlu saya tunjukkan kenapa process-process ini perlu diterapkan pada perniagaan mereka. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ilmu yang tidak seberapa ini pada mereka.


Kursus praktikal ini telah berjalan selama sehari dari jam 10 hingga lah 6 ptg. Saya sungguh gembira kerana kedua-dua pengusaha muda ini betul-betul ingin mempelajari kerja-kerja dan process  dobi yang sebetulnya. Bukan semua orang ingin belajar benda baru. Kebanyakkan dari kita merasa sombong apabila melibatkan ilmu ini. Saya harapkan selepas ini dapatlah saya sampaikan sebanyak ilmu pada pengusaha-pengusaha yang memerlukan ilmu dan pendapat.

Oklah, saya perlu check stok di kilang sabun sebentar. Ada order dari Kuantan. So, jumpa lagi... wassalam.

Followers

PROFEZ Visitors