Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Monday, March 7, 2011

Sabun BIO dan Softener BIO untuk anda berniaga.

Salam sahabat dan agen dobi sekalian,

Alhamdulillah dengan hasil usaha sama semua agen dan network dobi yang terpilih, sabun dan softener dobi telah mendapat tempat dihati para pengguna. Susah saya nak buktikan di sini kerana kebanyakkannya memberi feedback secara lisan dan sering membeli sabun dan softener yang kami jual. Ramai pula yang berminat untuk buat duit lebih tetapi lokasi yang jauh membataskan segalanya. Kami tidak dapat nak supply ke kawasan yang terlalu jauh dengan quantity yang sedikit untuk mengelakkan kos transport yang agak meningkat kebelakangan ini.

Kami mengharapkan dapat menghantar melalui orang perseorangan yang ada datang ke KL atau pun singgah di Kuantan untuk mendapatkan stok di sana. Ada orang-orang yang bertanya dari Setiu, Maran, Temerloh, Kota Bharu, Jelebu, Batu Pahat, dan banyak lagi lah yang membuatkan kami lebih nekad untuk menghantar stok-stok kami ke tempat lebih pendalaman.

Tak perlulah rasanya untuk saya menerangkan lagi isi kandungan sabun dan softener kami yang berunsurkan tumbuhan ini. Kami sentiasa menjaga kebersihan dan ketelitian dalam isi kandungan sabun untuk memastikan baju pengguna bersih dari kotoran dan wangi. 
Kedai dobi pun telah mula menjual sabun dan softener PROFEZ seperti Lavender Laundry and Boutique (Semenyih), D'Nur Lundry (Kinrara), MyDobi (Bandar Tasik Puteri) dan Dobi Kita (Wangsa Maju) untuk menambahkan pendapatan mereka. Walaupun ramai yang takut akan kehilangan pelanggan, mereka ini berkata tidak ada apa yang mengubah sales laundry mereka walaupun berjaya jual pada pelanggan mereka sabun dan softener PROFEZ. Kami sendiri agak kehairanan tetapi oleh kerana mereka sendiri yang berkata demikian, saya cuma mampu bersyukur.
Bila banyak order datang daripada pelanggan contoh gambar di atas, order daripada Puan Zarida, Kuantan, mereka ini sungguh gembira dan amat suka untuk menjual produk-produk PROFEZ. Mungkin setelah banyak feedback daripada pengguna pendalaman contohnya Pekan, Pahang, menjadikan produk sabun dan softener PROFEZ ini menjadi pilihan ramai.

Ada yang mengatakan wangiannya yang menarik, ada yang mengatakan, walaupun dibasuh waktu hujan, baju akan kekal wangi bila disidai di dalam rumah, ada yang mengatakan dapat menghilangkan kotoran kari dan macam-macam lagi. Kami hanya mampu memberitahu bahawa, sabun kami akan membersihkan baju anda dan softener kami akan memberikan haruman yang menarik sepanjang anda memakainya.

Anda tidak rugi menggunakan softener kami kerana kepekatannya membuatkan anda menggunakan softener kami dengan kadar yang kurang. Jadi, kenapa perlu berbelanja lebih untuk mewangikan baju anda sementara softener kami boleh dengan harga yang murah? Jadi, hubungi lah agent-agent kami yang tersenarai di sebelah untuk mendapatkan product PROFEZ. Insyallah anda tidak rugi. Salam...

Followers

PROFEZ Visitors