Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Thursday, November 24, 2011

Persoalan Mengenai Dobi

file236

Salam teman-teman sekalian,

3 bulan tak check email ramai yang bertanyakan mengenai dobi. Ada 150 email kesemuanya. Hm… agak penat juga seharian menjawab email. Banyak perkara kepada mereka-mereka yang ingin menceburi bidang dobi ini. Kesabaran, Ketabahan, Kekuatan mental dan fizikal dan kekuatan financial. Pendek kata, semua perkara mesti kuat. Bukan hendak menakutkan tetapi itulah realiti sebuah kedai dobi. Jangan hanya berharap membuka dobi menjadikan anda seorang yang kaya raya dengan sangat cepat. Perniagaan service ini amat mencabar minda dan fizikal pengusaha. Bagi mereka yang terikut-ikut tanpa minat, harap anda berfikir panjang sebelum mengeluarkan modal.

Untuk mengetahui secara penuh, kami sedang merancang untuk mengadakan satu lagi kelas kursus dobi dan praktikal dalam masa terdekat jika terdapat lagi permintaan seperti bulan lepas. Jangan lepaskan peluang untuk belajar dan mendalami apa yang terkandung dalam perniagaan dobi yang bakal kami anjurkan. Anda juga akan dapat merasai perjalanan penuh kedai dobi dan berpeluang mencuci pakaian menggunakan chemical-chemical rahsia dobi. Bagi mereka yang berminat dengan lebih lanjut boleh lah menghantarkan email kepada wshafez@profez.com.my.

MAKLUMAN: Kursus kami dijalankan hanya di Wangsa Maju berhampiran Carrefour Wangsa Maju.

No comments:

Post a Comment

Followers

PROFEZ Visitors