Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Thursday, November 24, 2011

Persoalan Mengenai Dobi

file236

Salam teman-teman sekalian,

3 bulan tak check email ramai yang bertanyakan mengenai dobi. Ada 150 email kesemuanya. Hm… agak penat juga seharian menjawab email. Banyak perkara kepada mereka-mereka yang ingin menceburi bidang dobi ini. Kesabaran, Ketabahan, Kekuatan mental dan fizikal dan kekuatan financial. Pendek kata, semua perkara mesti kuat. Bukan hendak menakutkan tetapi itulah realiti sebuah kedai dobi. Jangan hanya berharap membuka dobi menjadikan anda seorang yang kaya raya dengan sangat cepat. Perniagaan service ini amat mencabar minda dan fizikal pengusaha. Bagi mereka yang terikut-ikut tanpa minat, harap anda berfikir panjang sebelum mengeluarkan modal.

Untuk mengetahui secara penuh, kami sedang merancang untuk mengadakan satu lagi kelas kursus dobi dan praktikal dalam masa terdekat jika terdapat lagi permintaan seperti bulan lepas. Jangan lepaskan peluang untuk belajar dan mendalami apa yang terkandung dalam perniagaan dobi yang bakal kami anjurkan. Anda juga akan dapat merasai perjalanan penuh kedai dobi dan berpeluang mencuci pakaian menggunakan chemical-chemical rahsia dobi. Bagi mereka yang berminat dengan lebih lanjut boleh lah menghantarkan email kepada wshafez@profez.com.my.

MAKLUMAN: Kursus kami dijalankan hanya di Wangsa Maju berhampiran Carrefour Wangsa Maju.

Saturday, November 5, 2011

Lawatan ke Kedai Dobi area IPOH

It was a very nice weekend… I plan a very short trip using ETS to Ipoh from Rawang. My plan just to visit my friend Bard the owner of Dobi Sifu plus my students Kak Lisa at Batu Gajah Dobi Alfaa and my new friend NZ laundry. A very find Saturday as I manage to share some knowledge and learn new things from them. I am hoping to further expand my visit to other places if invited by Laundry friends out there.

Sunday, October 23, 2011

Selesai sudah Kursus Asas dan Praktikal Dobi 22hb-23hb Okt 2011

Berikut adalah gambar sekitar kursus dobi PROFEZ

DSC_1457DSC_1459DSC_1460DSC_1464DSC_1467DSC_1471DSC_1473DSC_1477DSC_1478DSC_1480DSC_1481DSC_1484DSC_1488DSC_1490DSC_1492DSC_1497

Kenangan kursus dobi Asas dan Praktikal PROFEZ. Kami mengharapkan Ilmu yang diberi kepada peserta dapat di manafaatkan dan lebih baik digunakan dengan jalan yang baik. Semoga Success daripada PROFEZ INDUSTRY.

Jangan lupa call kami jika anda mempunyai permasalahan. FREE no charge. (hanya untuk peserta2 kursus kami sahaja)

Saturday, October 22, 2011

Update Kursus Asas dan Praktikal Dobi PROFEZ 22hb Oct 2011

 

Kursus yang kami penuhkan dengan ilmu dan motivasi untuk lebih berjaya..

Kami berusaha memberikan ilmu sebenar kedai dobi dan pengurusannya. Anda tidak perlu bimbang selepas kursus kerana kami sedia mendengar dan membantu ada selepas kursus dengan PERCUMA!!!. Kursus pada 22hb Oct 2011 telah berjaya mengumpulkan 5 orang peserta yang bakal menjadi pengusaha dobi suatu hari nanti.

TIADA iklan jual mesin, maupun jualan barangan lain didalam kursus kami. Kami cuma menerima 5 orang peserta setiap sessi di dalam bilik lecture yang selesa. Cuma RM500 untuk 2 hari. Anda juga akan di dedahkan dengan kerja-kerja sebenar kedai dobi. Jangan tunggu lagi. Nantikan sessi yang seterusnya.

Terima kasih kepada peserta kali ini:

1) Pn Ain

2) Pn Siti

3) Pn Maulana

4) Cik Aza

5) Pn Rossa

Thursday, August 4, 2011

Update Ramadhan

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia,

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah juga Allah masih memberikan rezeki kepada saya dan anda sekalian. Saya memohon maaf kerana berdiam diri sekian lama. Banyak perkara yang perlu saya selesaikan. Hal stok sabun dan Rezeki project syarikat IT saya yg terbaru. Alhamdulillah... Allah Maha Kaya dan mendengar.


Stok sabun dan softener utk pengusaha kedai dobi semakin banyak permintaan. Syukur atas sokongan kalian semua. Pengeluaran kilang kecil saya sehari hanya 80 drum setiap hari. Akan tetapi permintaan sehari kini telah cecah 100 drum sehari. Sehingga ada yang terpaksa saya delaykan hari penghantaran 2 hari hingga 3 hari.

Tempohari 2 hari sebelum puasa, Pengusaha kedai dobi di Jelebu, KEMPAS DOBI (Abg Sham) telah sampai di Rawang, Tasik Puteri untuk mengambil stok 10 drum Sabun PROFEZ dan 10 drum Softener PROFEZ. 10 botol Oxie Bio, Sabun 1 utk jualan org awam dan sample2 product yang bakal PROFEZ edarkan tak lama lagi. Penuh sakan Hilux sahabat saya ni. Lama juga beliau duduk berborak dengan saya tempohari dari jam 4 sampai Maghrib.

Habis melayan Saudara Sham, mlm tu operasi menyiapkan stok jualan org ramai yang perlu dihantar ke Kuantan pada hari Selasa 2hb Ogos 2011. Hampir 3 tan stok semuanya. Jenuh juga nak menyiapkan. Namun kerana dedikasi En Hanafi dan keluarga di Alor Akar, Kuantan, saya kuatkan semangat untuk membantu beliau berniaga. Sesiapa yang berminat nak cuba stok kecil ni boleh dapatkan dari En Hanafi di talian 012-2705019.

Katanya tadi pada 4hb Ogos 2011 (Jam 3 ptg) Stok nya semakin sikit. Beliau suruh saya ready utk hantar stok lagi. Syukur lagi dengan nikmat yang diberiNya. Heran juga, cepat betul beliau berniaga di Kuantan. Jenama PROFEZ agak popular di Kuantan sekarang. Bukan kerana namanya, tetapi kerana tahap kebersihan, kewangian dan diperbuat daripada tumbuh tumbuhan.

Setelah siap semua stok tepat jam 4 petang 1hb Ogos 2011, lori transport yang saya sewa tiba dengan cepatnya. Abg Manap ni selalu tolong saya deliver barang tak kira lah dari barang project IT saya sehingga lah Sabun Profez. Turut menumpang untuk membeli sabun adalah Tokey kedai Jom Laundry di Kuantan iaitu En Maliki. Sesiapa yang ingin merasakan basuhan menggunakan sabun dan softener PROFEZ bolehlah hantar pakaian anda di Kedai Jom Laundry - di Jalan Gambut, Kuantan (Depan Gereja St Thomas). Singgahlah hantar pakaian pada Maliki. Servis terbaek!

En Maliki telah lama menggunakan sabun dan softener PROFEZ dalam perniagaan nya. Sejak saya perkenalkan padanya tidak lama dulu, beliau telah menjadi pelanggan setia kepada product kami. Saya sungguh gembira apabila pelanggan dobi saya sentiasa memberikan sokongan kepada product sabun saya.

Dedikasi dan komitmen saya kepada pelanggan akan saya berikan keutamaan supaya product saya menepati citarasa semua. Terima Kasih banyak saya pada MYDOBI, Bandar Tasik Puteri (Pn Ana), SWEETLAVENDER, Semenyih (En Korie), DOBI IRON, Alam Budiman (En Latif) dan DOBI KITA, Wangsa Maju (En Shamer), yang mula-mula menggunakan product saya dan memberikan pendapat agar dapat memperbaiki kelemahan sabun dan softener saya.

MYDOBI especially, selalu memberikan komen yang membuatkan saya semakin kuat untuk berusaha supaya product PROFEZ menjadi satu product yang unik dan memberikan kepuasan kepada penggunanya. 

Minggu pertama puasa pun sangat sibuk dengan Agent saya yang terbaek Pn Wada yang bekerja di LHDN Jalan Duta 2 minggu berturut-turut minta stok sabun kecil untuk beliau jual di Pasar PUSPANITA di LHDN Jalan Duta. Katanya stok pertama tidak dapat nak memenuhi kehendak demand. Tersenyum saya mendengarnya.

Tidak lupa juga Pn Siti, Kinrara juga menyertai PUSPANITA di Immigresen Kelana Jaya. Dua kali minta stok sebb tidak mencukupi pada minggu pertama. Begitulah kalau orang dah minat nak menjual sabun dan softener PROFEZ. Lebih-lebih lagi bila PROFEZ detergent sudah mula dikenali.

Oh yea, kepada mereka-mereka yang nak beli sabun dan softener pack kecil ni, sila berhubung kepada agen-agen yang telah saya senaraikan disebelah kanan screen anda. Saya tak jual 1 unit pada org ramai. Saya jual secara pukal. Pek permulaan agen adalah RM300. Ambil di Rawang, Tasik Puteri. Lepas tu kalau dah order mencecah 1 tan, saya akan tolong hantarkan ke tempat anda. Transport penjual kena tanggung. Yealah kata nak berniaga. Kan? Kan? hehehe.

InsyaAllah saya cuba membantu para Agen untuk berniaga dan mendapat lebih untung. Keuntungan itu untuk usaha anda yang berterusan. Dan InsyaAllah tiada peningkatan harga untuk agent dalam masa terdekat maupun tahun depan. InsyaAllah. Oklah... saya nak beradu. Esok another day of Ramadhan. Ada 8 tempat kedai dobi yang hendak dituju kerana order stok sabun drum mereka yang perlu dihantar.Kena rehat. Dah 2 minggu tak berehat setelah bercuti di Krabi tempohari. Sesiap berminat sila lah hubungi saya di talian 012-6454-385 (Saya tak garang... hehehe). Join facebook saya di Profez Hafez Besiberat add saya dan anda boleh bertanyakan pada saya mengenai peluang perniagaan runcit anda. InsyaAllah, anda berusaha, anda dapat untung.

Sekian, Wassalam.


Thursday, June 9, 2011

Kursus Penuh bersama peserta

Salam, setelah lama berehat, kini kami mulakan langkah baru utk kursus seterusnya. Telah banyak yang dicurahkan dan semakin ramai student-student yg kian berjaya menjayakan objektif mereka mempunyai kedai dobi. 


Kak Lisa -IPOH telah pun beroperasi semenjak seminggu lalu. Saya masih gagal ke Ipoh atas sebab kerja yang terlalu banyak di KL dan Kuantan. Penyebaran ilmu sebenar Dobi adalah penting bagi mereka-mereka yang berkeinginan membuka sebuah kedai dobi. Pendedahan kepada mereka yang kata buka kedai dobi ini senang akan lebih menjelaskan lagi keadaan sebenar dan kerja-kerja yang perlu di lakukan. Paling penting apabila melayan kerenah pelanggan yang seribu satu macam.

Penafsiran bagi sesetengah orang yang dobi boleh di tengok dari jauh ini telah diterapkan oleh otai-otai lama yang pada dasarnya waktu itu situasi itu boleh diterapkan. Pada masa sekrg pekerja buruh semakin bijak mengambil kesempatan kepada kedai dobi yg tidak dijaga dengan baik oleh pengusaha. Sangat malang dan sedey bila melihat mereka yg baru ini kejatuhan sedikit demi sedikit.  


Satu sifat manusia di bumi Malaysia ini inginkan semua perkara percuma.... berkebajikan... tetapi tidak sedar, benda yang murah dan percuma ini selalunya tidak dihargai oleh orang ain maupun diri sendiri. Ilmu yang berkat adalah ilmu yg diambil dengan ikhlas dan yang selalu hilang adalah bagi mereka yg suka mencuri ilmu orang lain tanpa kebenaran.

Jadi, jika anda diluar sana ingin mempelajari ilmu2 tak kira ape jenis ilmu, carilah yang dapat memberi menafaat dan keberkatan kepada diri kita. Bukan mudah orang yg berilmu untuk mencari ilmu mereka... jadi sentiasa beringat.

Wassalam.

Sunday, May 15, 2011

Kursus Di TTDI

Salam,

Lama tidak menulis. Baru selesai kursus di Semenyih semlm 14 - 15hb May 2011. Tapi itu bukan topik untuk kali ini. Kursus tertutup kedai dobi yg baru-baru ini saya anjurkan atas permintaan sebuah kedai dobi di TTDI bersama pemiliknya Cik Mira, En Faizal, Ibu dan Adik Cik Mira. Pengusaha Dobi muda yg berumur 24 dan 25 tahun ini nekad untuk berkecimpung dalam dunia dobi.


Ramai org menganggap bahawa perniagaan dobi ini adalah senang untuk di jalankan. Rata-rata peserta kursus yang saya tanya semuanya berminat membuka kedai dobi kerana rasa senang untuk di buat. Itulah sebabnya saya mengadakan kursus dobi asas dan praktikal ini agar semua orang yang mempunyai pendapat sedemikian membuka mata dan mula berfikir.

Saya kadang-kadang tersenyum sendiri melihatkan para peserta saya beriya-iya untuk menjalankan perniagaan ini sebelum menjalani kursus saya. Apabila saya terapkan "Actual Situation" atau keadaan sebenar muka yang ceria berubah menjadi cemas. Ada juga yang terlalu excited bila melihatkan teknik-teknik membersih yang saya tunjukkan dan keberkesanan menhilangkan kotoran yang saya demonstratekan pada mereka. Malah saya juga memberikan mereka ruang membuat sendiri teknik-teknik yang saya ajar untuk menghilangkan kotoran.


Melalui pemerhatian saya, para peserta saya tidak gugup menjalankan kerja-kerja basuhan dan spot cleaning. Cuma bila sampai ke latihan menggosok, semuanya mengeluh. Selalunya saya suka melihat teknik menggosok peserta daripada terus mengajar mereka. Bagi peserta lelaki, mereka yg jarang menggosok, aktiviti ini pastinya memenatkan.

Ada peserta saya yang menggosok baju kemeja 1 jam. Ada menggosok sampai 1 jam setengah. akan tetapi dengan teknik yg mereka belajar daripada saya, menjadi 1/2 jam. Ye lah, nak jadi 5 hingga 10 minit ni bukan calang-calang orang boleh buat. Lebih-lebih lagi mereka yang tak pernah menggosok. Saya yakin, skill menggosok ini akan hadir bila setiap orang melakukannya setiap hari.


Banyak lagi yang perlu peserta-peserta ini tahu dan faham dalam konsep membasuh dan membersih ni. Bukan sahaja itu malahan, process yang betul dan cara-cara menyusun kerja supaya tidaklah terpaksa tidur terus di kedai buat selamanya. Untuk student saya di TTDI ini, bila saya terangkan kepentingan menjaga basuhan dan menjadi pengusaha yang jujur, barulah beliau mengubah cara dan process yang telah diterapkan oleh pengusaha sebelum ini.

Oh yea, Cik Mira ini telah membeli kedai dobi ini daripada seorang bekas pengusaha dobi yang lain. Penat juga nak mengubah sikap pekerja Cik Mira yang rata-rata lali dengan process lama bekas majikannya. Banyak juga yang perlu saya tunjukkan kenapa process-process ini perlu diterapkan pada perniagaan mereka. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ilmu yang tidak seberapa ini pada mereka.


Kursus praktikal ini telah berjalan selama sehari dari jam 10 hingga lah 6 ptg. Saya sungguh gembira kerana kedua-dua pengusaha muda ini betul-betul ingin mempelajari kerja-kerja dan process  dobi yang sebetulnya. Bukan semua orang ingin belajar benda baru. Kebanyakkan dari kita merasa sombong apabila melibatkan ilmu ini. Saya harapkan selepas ini dapatlah saya sampaikan sebanyak ilmu pada pengusaha-pengusaha yang memerlukan ilmu dan pendapat.

Oklah, saya perlu check stok di kilang sabun sebentar. Ada order dari Kuantan. So, jumpa lagi... wassalam.

Wednesday, April 20, 2011

Membantu anak didik membuka kedai dobi

Salam Pembaca Sekalian,

Maaf lama tak posting. Terlalu sibuk memantau student-student saya yang baru buka kedai dobi dan melayan pertanyaan kedai-kedai dobi yang tak putus-putus tiap-tiap hari. Ditambah lagi dengan order sabun yang melimpah ruah. Alhamdulilah dipanjatkan kesyukuran atas rezeki yg tak pernah putus ini. Tahniah kepada student saya yang pertama:

Kedai Dobi Zurahani - Tmn Serting Utama, JEMPOL N9 0193532440 ZURA. Maaf Gambar takde. Tak sempat nak gi tgk secara dekat sebb distance... nanti kalau saya dah pergi saya letak gambarnya. Dengar kata dah byk dah sales nya sehari.

Yang kedua: Kedai Dobi Rapi - Bdr Selayang Lama, Selayang SEL 0176171533 WONG
Baru beroperasi 6 hari. Kelihatan semakin ramai orang menghantar baju ke kedai Wong. Beliau adalah student Tiong Hwa saya yang sangat cepat belajar. Kini ramai pelanggan melayu telah berubah alih kepada Wong. Dengan bertemakan basuhan bercirikan tumbuh tumbuhan, Wong telah berjaya menaikkan identitinya dikalangan pelanggan baru kawasan itu.


Yang ketiga:  KEDAI Dobi Mar - Pekan Ijok, SEL 0126304654 MARSHA
Dua beradik Marsha yang masih muda telah nekad untuk membuka kedai dobi dan kini telah beroperasi di Ijok. Alhamdulillah jiran tetangga dan orang kampung menyokong dua beradik ni dalam usaha mereka menjalankan perniagaan dobi ini.


Kepada anda semua ingin mengetahui rahsia bagaimana mereka berjaya membuka kedai dobi ini, boleh lah berhubung dengan pengusaha pengusaha baru ini secara dekat. Gambar-gambar yang terdapat disini saya ambil sewaktu melawat kedai mereka baru-baru ini.

Anda juga bole menimba pengalaman mereka dalam mencapai cita-cita mereka untuk menjadi pengusaha dobi.

Jom join kursus saya untuk mengetahui bagaimana nak buka dan bagaimana rasanya bekerja di kedai dobi. Anda pasti tidak menyesal dan tiada bayaran tambahan selepas kursus... Semua ilmu yg wajib anda belajar pasti anda dapat jika menghadiri kursus saya. Sila lihat post saya di atas untuk mengetahui kursus seterusnya... Tiada kursus yang selengkap kami dan mempunyai praktikal di dalam modul kursus yang dijalankan oleh peserta sendiri. Anda akan diajar oleh kami dan otai-otai kedai dobi yang berpengalaman dalam bidang dobi.

Jangan ketinggalan untuk menyertai kursus dobi kami!!! Salam...

Sunday, April 10, 2011

PERSONAL PRAKTIKAL TRAINING DI DOBI ANDA

Salam Semua,

Anda masih punya masalah untuk menguruskan kedai dobi anda??? Anda keliru? Anda nak belajar teknik menggosok dengan betul? Nak tahu product-product yang boleh membantu? Nak belajar management dobi?

Saya menawarkan pakej baru untuk PRAKTIKAL TRAINING di tempat anda untuk 3 org mininum dan maksimum 4 orang RM1,000.00 utk sehari. Syarat-syarat lanjut adalah seperti dibawah:

Syarat-syarat PRAKTIKAL TRAINING:
1) Mesti ada 3 orang peserta yang involve.
2) Boleh arrange maksimum 4 org jika mahu
3) Jika diluar KL melebih radius 10km, caj tempat tinggal dan travelling akan dikenakan maksimum RM500.
4) Boleh ajak member dobi lain atau org luar untuk join.
5) Kursus dianjurkan seharian dari jam 10 pagi sehingga 5 ptg.
6) Deposit awal diperlukan untuk confirmkan tarikh iaitu sebanyak 50% ke akaun Maybank: Zuraihan Abu Bakar 114338081984.
7) Pertukaran tarikh adalah dibenarkan namun bergantung pada tarikh baru yg di cadangkan.

Modul praktikal:
1) Belajar menggosok baju dengan teknik yang betul.
2) Belajar teknik teknik membersihkan kotoran degil
3) Belajar process dobi
4) Khidmat nasihat mengenai marketing yang sesuai di tempat anda
5) Belajar mencuci pakaian seperti comforter, memutihkan pakaian, membersihkan karat, membersihkan kari, dan sebagainya
6) Cara-cara pembungkusan dengan cantik dan cermat
7) Cara memastikan baju dan pakaian wangi
8) Pengenalan product-product kekal wangi dan bersih
9) Khidmat nasihat presentation kedai
10) Khidmat pengurusan kewangan kedai dan rekod

Anda juga akan menerima sijil latihan dan boleh bertanya selanjutnya jika mempunyai persoalan selepas kursus. Saya akan membantu anda dari awal sehingga anda berjaya seperti student-student saya sebelum ini, En Korie (Sweet Lavender Laundry & Boutique), En Latif (Dobi Iron), Puan Maimon (Dobi Fresh and Clean), En Wong (Dobi Rapi), Pn Zura (Jempol), En Isa (Bangi)... (byk lagi)

Jika berminat, sila hubungi saya atau SMSkan permasalahan anda supaya kita boleh arrange kursus ditempat anda. Hubungi saya di talian 012-6454 385 (En Hafez) utk pertanyaan dan arrangement.

Thursday, April 7, 2011

Sedikit gambar sewaktu kursus 2hb dan 3hb April 2011

Salam kepada Pengunjung blog Profez,

Seminggu yang lepas kami baru habis mengadakan satu lagi sessi kursus asas dobi dan praktikal yang di adakan di semenyih. Bagi tempat2 yg tak de gambar tu, sebbnya tak de tukang ambil gambar yg boleh membantu saya. Kalau di Semenyih, Korie selalunya akan jadi juru gambar. Hehehe. Anyway, Ini adalah student-student saya yang hadir pada hari tersebut. Terima Kasih kepada Hanafy, Azman, Yati, Marsha dan Adiknya Syiki, Aini dan Kak Raah. Saya menunggu kelahiran kedai dobi anda sekalian.

Sessi kelas teori yang lengkap dengan nota dan lecture.

Saya akan bagi lecture dan pengalaman serta tindakan-tindakan yang perlu oleh seorang pengusaha dobi.

 Kondisi bilik ber Air-Con... ada sampai byk kali terkucil... heheh

 Makan tengah hari yang disediakan... Nyum nyum...

Hari kedua, Peserta di ajar menggunakan mesin Iron dengan betul. Juga diajarkan teknik Iron yang menghasilkan outcome yang lebih baik daripada kedai dobi biasa.

Tekun peserta-peserta memahami teknik2 Iron yang tidak pernah di revealkan pada org lain.

Ini lah sessi pengambaran bagi semua menyertai kursus ini

Tekun juga mempelajari cara menggunakan chemical dengan cermat dan jimat.

Untuk melihat gambar penuh kursus ini sila layari FB PROFEZ (Klik sini)

Followers

PROFEZ Visitors