Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Friday, April 23, 2010

Kisah sub dry clean

Dalam dunia dobi ni ada kita akan berjumpa dengan ramai pengusaha dari pelbagai jenis dobi. Ada yang dari dobi basuh carpet aje, ada yang ada basuh biasa aje, ada yang ada basuh biasa dan dry clean dan ada yang ada semua. Semua jenis pengusaha ni bergantung pada poket masing-masing. Yang banyak duit, boleh la ada semua. Macam saya ni... hanya ada dry clean dan normal wash aje.
Walaupun begitu, saya ambil dan tolong orang yang nak sub dry clean dengan saya. Especially students saya yang dekat-dekat ni. Kalau saya tak tolong sape lagi la kan? Pada dasarnya dua-dua dapat untung. Tapi bukan pasal keuntungan yang saya nak tekan kan sangat. Tapi tekanan daripada orang yang nak sub kat saya ni... Bukan merungut, tapi menceritakan perihal yang tak dapat nak dibendung.
Alhamdulillah sudah 7 kedai dobi sekitar saya hantar sub dry clean kat saya. 6 yang lama ngan saya amat kooperatif dan tahu mcm mana nak tackle pelanggan yang nak cepat. Tapi yang 1 ni... ikut perangai pelanggan yang hantar pada dia. Bagi saya ini semua pengusaha baru especially yang tiada dry clean kena faham kekadang situasi tempat yang ada sub. Ada masa, Dry Clean anda boleh disiapkan segera, dan kadang kala bila dah beratur panjang, kenalah ikut giliran. Saya bukan menolak, tetapi mengikut kebolehan atau ability kapasiti kedai saya. Jika lambat siap, akan dimarahi. Pada masa yang sama, ada pelanggan walk in yang hantar Dry Clean. Jadi, sebagai pengusaha, saya pastinya akan lebihkan pelanggan walk in. Yealah... yang sub ni tak semestinya akan lama menghantar pada kita. Suatu hari nanti dia akan beli mesin dan buat sendiri.
Masalah ini akan lebih berterusan, bila cakap dengan pekerja saya nak cepat, dan siap tetapkan jadual bila kena siap pada pekerja saya. Walhal, dikedai saya ni pun sudah ada jadual utk pekerja pekerja saya buat. Lagi sekali saya tekankan, bukan mengeluh, tetapi semua orang kena bertimbang rasa. Fikirkan hal orang lain juga dan jangan pentingkan diri sendiri. Umpamanya hari Jumaat (23/04/2010) tanpa disedari, ada 124 helai untuk digosok termasuk yg Dry Clean dengan jumlah pekerja yang ada untuk gosok 1 orang. Kebetulan memang hari cuti tukang iron no 2. Bila saya tanya pada supervisor kedai saya kenapa boleh jadi macam ni? Dia kata kawan bos minta tolong siapkan cepat. Hantar hari Rabu, Jumaat nak ambil. Dia nak tolak takut bos dia ni marah. Last2, berlambak cam tu. Adeh... Akhirnya, terpaksa inform pelanggan walk in yang baju dia siap lambat sehari... Yang rugi saya lah... sebb walk in customer saya. Tapi yang menghantar ni sepatutnya dah tahu kedai kawan anda ni dah packed jgn la menduga. Bila rosak, pastinya 100% kesalahan diletakkan di bahu org yang bekerja. Orang yang buat sales dapat 40% untung, rosak 100% letak kat tokeh Dry Clean... hahaha... teruk tapi benar.
Yang penting pada saya disini soal timbang rasa terhadap kewajiban tuan empunya kedai dobi Dry Clean nak siapkan kerja. Bukan memaksa dia bekerja untuk anda, tetapi menghormatinya agar dia bersedia bekerjasama dengan anda. Janganlah mengharap pada sebelah pihak sahaja. Sebagai pengusaha baru dan tiada mesin dry clean, anda perlu beritahu pelanggan anda yang anda, sub kerja anda pada orang lain. Kerana apabila anda mula menipu pelanggan anda pasal kebolehan anda, anda takkan lama dalam perniagaan anda. Pada masa yang sama, orang yang anda hantar utk di subkan akan menyisih anda. Baik-baik buat kawan sekrg dah bertukar nada. Kan tak best... betul tak? Hormat Menghormatilah sesama kita agar kita semua berjaya bersama. Bukan berjaya sorang-sorang.
Bukan niat saya menulis kerana marah atau dendam, tetapi nak meminta jasa baik semua pengusaha dobi, sama ada yang sub atau disubkan, terutama pengusaha MELAYU, jangan lah ambil kesempatan terhadap kekurangan atau kelebihan orang lain. Kerana perkara-perkara ini lah kebanyakkan orang MELAYU berpecah, bergaduh, berselisih faham dan macam-macam lagi. Kan baik kalau semua faham situasi diri sendiri dan orang lain. AMAN dunia kita... Semua orang naik sama rata dan tiada menindas dan tertindas... Mari kita semua mulakan dari perniagaan DOBI ni... bila semua bersatu pasti kita semua orang MELAYU dapat kongker ekonomi Negara kita sendiri... Ecewah... macam ahli politik lak... hahahaha...
Oklah kengkawan, saya banyak terima email dari orang ramai yang minat nak buka dobi ni. Jadi email mereka ni perlu dijawab agar mereka membuka dobi dengan kos yang sepatutnya... dan tidak tertipu... Saya juga menjemput sesiapa yang nak memberi pandangan pasal dobi ni untuk menulis di board chat saya di page ni... Ok.. Adios semua!!!

Thursday, April 8, 2010

Bila keadaan memeningkan

Laundry Life... atau dalam bahasa Melayu... kehidupan dobi... Pergh... sentiasa ada cabaran. Saya rasa bukan dobi aje lah... semua jenis kerja yang cari makan sendiri ni dan ada kaitan dengan pekerja. Sejak bermula Laman Ampaian beroperasi, perihal pekerja sentiasa menghantui. Cabaran utama banyak berkaitan dengan pekerja tempatan... erti kata local workers. Kalau Foreign workers atau pekerja asing ni... kurang sikit masalah. Walau bagaimanapun masih tetap lah ada masalah.

Dalam keadaan undang-undang yang ketat sekrg, Masalah kami nak main ambil pekerja asing ni terpaksa kami kawal selia. Sekarang pekerja asing yang hendak bekerja perlu ada permit. 4 bulan yang lepas, adalah dua orang pekerja Indon. Juga sudah saya lepaskan demi mengelakkan dari di denda. Takut!!! Apa bila ketatnya undang-undang masalah semakin meruncing. Kerja BANYAK tapi yang kerja saya dan adik sepupu yang tunggu SPM... GILA tapi benar. Letih cari pekerja Melayu sejak 4 bulan yang lepas. Semua yang datang INDON. Mana pergi rakyat Malaysia yang merayu simpati orang ramai ni? Yang masuk BERSAMAMU... tak de kerja... yang meminta bantuan kewangan... MANA??? Nak pecah kepala memikirkan. IKLAN dah merata letak mencari pekerja. Tetapi itulah hakikatnya orang Malaysia ni. Dengar kerja kedai DOBI... rasa standard tak ada. Walaupun sijil yang ada setakat SPM... (Maaf jika ayat ini menyinggung) nak kerja kat opis. Gaji nak RM2000 sebulan. Atau pun mungkin mereka ni MALAS...Sekarang dalam usaha nak cari Supervisor... Berikan gaji RM1000 dulu... nak attract yang Melayu ni. Itu pun sebulan mencari dan tak jumpa2... Pedih kengkawan. Punya banyak orang Malaysia, satu pun tak minat nak jadi supervisor kedai dobi? Pelik...pelik... OKlah tu... cari juga orang yang nak kerja membasuh sahaja... tawar gaji RM800... sorang pun tak mai... Adeh... Nak menangis rasanya. Bukan apa... setelah setahun menjadi pengusaha dobi, nak juga rasa rehat. Maklumlah setiap hari kat kedai. Keletihan yang amat sangat sampai semlm pitam dalam toilet. Nasib baik Isteri dengar saya jatuh macam gajah kena bius. Kalau tak... entah la... Nak kata saya ni dah kaya raya tak juga... masih macam dulu... kerja dan bayar hutang... Lebih sket jer pasti habis bayar hutang masa kerja... Kalau lah boleh ada lebihan yang besar, pasti dah bayar beribu ribu sehingga RM6ooo utk dapatkan pekerja legal dari Indon.

Awal dulu boleh lah bersuka dan sedih ria mencari pelanggan. Bila orang dah kenal ni... BUSY menjadi perkataan rutin diberikan pada kengkawan yang call. Bukan nak berlagak sombong atau apa... cuma beban kerja yang menimbun dan orang suka dengan cara kita bekerja membuatkan kedai sentiasa penuh. Dah penuh... pekerja pula jadi isu. Kerja banyak GILA... tapi kederat 2 orang. Adik sepupu ni kekadang cakap nak menangis tgk banyak baju nak basuh. Kesian... tapi tak jumpa orang yang nak kerja... macam mana?

Itulah, kekadang orang yang bekerja ngan orang ni rasa, bekerja sendiri lagi bagus... memang betul... duit pegang sendiri... kerja sesuka hati...(ye ke?) dan bebas buat decision. Sebenarnya tidak... jadi kuli untuk semua orang... dalam bahasa kasarnya. Bila kita bekerja sendiri ni... bos kita dah jadi ramai. Kalau kita bole control semua pelanggan kita ni... baru lah title BOSS tu jatuh kat kita. Janganlah ingat jadi boss ni senang. Semua benda kita nak jaga. PEKERJA, barang2, pelanggan dan sebagainya... sehingga yang remeh pun kita kena tahu. Pengusaha dobi pun begitu. Kecuali kalau kita ada duit yang banyak... boleh gaji kan orang beribu ribu utk sorang pekerja dobi (Gila ke ape?) baru lah lega sekejap.
Tapi saya tak rasa ada orang gila nak bagi gaji banyak pada pekerja dobi. Tak tahu lah kalau saya ni yang kedekut. Ape pendapat semua? Patut ke sorang pekerja dobi dapat RM1000 sebulan sorang? Ape pun anda semua pikir la sendiri... Pada bakal pengusaha dobi, jangan jadikan isu saya ni sebagai pelemah semangat. Kalau anda berjaya kelak, boleh share ngan saya... Atleast kalau function, boleh saya guna pakai...
Oklah... saya nak terus mengajar bakal pengusaha saya di belakang. Salam April... Dah nak sampai dah birthday saya... 15 April.... huhuhu semakin tua...

Followers

PROFEZ Visitors