Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Coretan Setahun Kedai Dobi LAMAN AMPAIAN

Sejarah membimbing kita supaya kita memperbaiki diri. Sesetengah orang melabelkan sejarah itu adalah kenangan yang tak sepatutnya di kenang. Sekelip mata, apa yang saya pernah paparkan sebelum ini telah pun menjadi sejarah. Dari sebuah kedai yang kosong, saya ubahkan menjadi sesuatu yang memberi keuntungan pada diri saya dan orang yang bekerja dengan saya.Dari hanya sebuah rangka menjadi sebuah ruang kedai yang indah bagi saya dan isteri. Bayangkan betapa takut dan gementarnya kami pada awal pembabitan dan pembinaan kedai dobi kami. Melihatkan kos yang kami keluarkan, melihatkan pembangunan ubah suai kedai juga telatah kontraktor kami seharusnya cepat lemah semangat. Jika anda pernah menghadapi situasi ini, pastinya anda faham. Dah lah nak buka kedai, dah melabur beratus ribu, terfikir pulka di kepala, nak ke agaknya orang datang kedai aku. Sigh!Melopong bila tengok luar kedai. "Ape benda agaknya yang sesuai aku letak kat depan ni?" Macam macam idea terkeluar. Mulalah nak me…

Kesibukan dan Keletihan yang berbaloi

Salam sahabat sekalian, Dah lama tak menulis dan memberikan ilmu yang baru. Alhamdulillah, kerja amat banyak dan kursus sentiasa berjalan. Nak mengeluh sudah terlambat. Nak tak nak kena teruskan. Hah! Ape sebab nak mengeluh kan? Semua benda berjalan lancar. 15% cita-cita saya nak menolong orang Melayu berniaga telah terlaksana. Dah setahun bukak kedai baru 15%. Hahahaha agak slow usaha saya ni nampaknya. Dulu memang saya pegang Iron ni. Sekarang sudah tidak lagi. Expertnya pekerja saya sampai qualiti saya boleh diaorang absorb. Ape yang penting "KERJASAMA" hahaha. Ape yang penting cara kita nak didik pekerja. Itu sahaja. Student-student saya sekarang dah tahu dah rahsia kejayaan saya dalam hal mendidik dan melatih pekerja. Especially dalam hal menggosok. Kalau nak diterangkan melalui penulisan adalah amat sukar kerana anda semua tak dapat tgk live saya sebagai seorang lelaki yang memang malas menggosok, menghasilkan hasil gosok yang cantik dan menarik. (Wah! Puji diri sendiri…