Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Friday, April 23, 2010

Kisah sub dry clean

Dalam dunia dobi ni ada kita akan berjumpa dengan ramai pengusaha dari pelbagai jenis dobi. Ada yang dari dobi basuh carpet aje, ada yang ada basuh biasa aje, ada yang ada basuh biasa dan dry clean dan ada yang ada semua. Semua jenis pengusaha ni bergantung pada poket masing-masing. Yang banyak duit, boleh la ada semua. Macam saya ni... hanya ada dry clean dan normal wash aje.
Walaupun begitu, saya ambil dan tolong orang yang nak sub dry clean dengan saya. Especially students saya yang dekat-dekat ni. Kalau saya tak tolong sape lagi la kan? Pada dasarnya dua-dua dapat untung. Tapi bukan pasal keuntungan yang saya nak tekan kan sangat. Tapi tekanan daripada orang yang nak sub kat saya ni... Bukan merungut, tapi menceritakan perihal yang tak dapat nak dibendung.
Alhamdulillah sudah 7 kedai dobi sekitar saya hantar sub dry clean kat saya. 6 yang lama ngan saya amat kooperatif dan tahu mcm mana nak tackle pelanggan yang nak cepat. Tapi yang 1 ni... ikut perangai pelanggan yang hantar pada dia. Bagi saya ini semua pengusaha baru especially yang tiada dry clean kena faham kekadang situasi tempat yang ada sub. Ada masa, Dry Clean anda boleh disiapkan segera, dan kadang kala bila dah beratur panjang, kenalah ikut giliran. Saya bukan menolak, tetapi mengikut kebolehan atau ability kapasiti kedai saya. Jika lambat siap, akan dimarahi. Pada masa yang sama, ada pelanggan walk in yang hantar Dry Clean. Jadi, sebagai pengusaha, saya pastinya akan lebihkan pelanggan walk in. Yealah... yang sub ni tak semestinya akan lama menghantar pada kita. Suatu hari nanti dia akan beli mesin dan buat sendiri.
Masalah ini akan lebih berterusan, bila cakap dengan pekerja saya nak cepat, dan siap tetapkan jadual bila kena siap pada pekerja saya. Walhal, dikedai saya ni pun sudah ada jadual utk pekerja pekerja saya buat. Lagi sekali saya tekankan, bukan mengeluh, tetapi semua orang kena bertimbang rasa. Fikirkan hal orang lain juga dan jangan pentingkan diri sendiri. Umpamanya hari Jumaat (23/04/2010) tanpa disedari, ada 124 helai untuk digosok termasuk yg Dry Clean dengan jumlah pekerja yang ada untuk gosok 1 orang. Kebetulan memang hari cuti tukang iron no 2. Bila saya tanya pada supervisor kedai saya kenapa boleh jadi macam ni? Dia kata kawan bos minta tolong siapkan cepat. Hantar hari Rabu, Jumaat nak ambil. Dia nak tolak takut bos dia ni marah. Last2, berlambak cam tu. Adeh... Akhirnya, terpaksa inform pelanggan walk in yang baju dia siap lambat sehari... Yang rugi saya lah... sebb walk in customer saya. Tapi yang menghantar ni sepatutnya dah tahu kedai kawan anda ni dah packed jgn la menduga. Bila rosak, pastinya 100% kesalahan diletakkan di bahu org yang bekerja. Orang yang buat sales dapat 40% untung, rosak 100% letak kat tokeh Dry Clean... hahaha... teruk tapi benar.
Yang penting pada saya disini soal timbang rasa terhadap kewajiban tuan empunya kedai dobi Dry Clean nak siapkan kerja. Bukan memaksa dia bekerja untuk anda, tetapi menghormatinya agar dia bersedia bekerjasama dengan anda. Janganlah mengharap pada sebelah pihak sahaja. Sebagai pengusaha baru dan tiada mesin dry clean, anda perlu beritahu pelanggan anda yang anda, sub kerja anda pada orang lain. Kerana apabila anda mula menipu pelanggan anda pasal kebolehan anda, anda takkan lama dalam perniagaan anda. Pada masa yang sama, orang yang anda hantar utk di subkan akan menyisih anda. Baik-baik buat kawan sekrg dah bertukar nada. Kan tak best... betul tak? Hormat Menghormatilah sesama kita agar kita semua berjaya bersama. Bukan berjaya sorang-sorang.
Bukan niat saya menulis kerana marah atau dendam, tetapi nak meminta jasa baik semua pengusaha dobi, sama ada yang sub atau disubkan, terutama pengusaha MELAYU, jangan lah ambil kesempatan terhadap kekurangan atau kelebihan orang lain. Kerana perkara-perkara ini lah kebanyakkan orang MELAYU berpecah, bergaduh, berselisih faham dan macam-macam lagi. Kan baik kalau semua faham situasi diri sendiri dan orang lain. AMAN dunia kita... Semua orang naik sama rata dan tiada menindas dan tertindas... Mari kita semua mulakan dari perniagaan DOBI ni... bila semua bersatu pasti kita semua orang MELAYU dapat kongker ekonomi Negara kita sendiri... Ecewah... macam ahli politik lak... hahahaha...
Oklah kengkawan, saya banyak terima email dari orang ramai yang minat nak buka dobi ni. Jadi email mereka ni perlu dijawab agar mereka membuka dobi dengan kos yang sepatutnya... dan tidak tertipu... Saya juga menjemput sesiapa yang nak memberi pandangan pasal dobi ni untuk menulis di board chat saya di page ni... Ok.. Adios semua!!!

No comments:

Post a Comment

Followers

PROFEZ Visitors