Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Thursday, April 8, 2010

Bila keadaan memeningkan

Laundry Life... atau dalam bahasa Melayu... kehidupan dobi... Pergh... sentiasa ada cabaran. Saya rasa bukan dobi aje lah... semua jenis kerja yang cari makan sendiri ni dan ada kaitan dengan pekerja. Sejak bermula Laman Ampaian beroperasi, perihal pekerja sentiasa menghantui. Cabaran utama banyak berkaitan dengan pekerja tempatan... erti kata local workers. Kalau Foreign workers atau pekerja asing ni... kurang sikit masalah. Walau bagaimanapun masih tetap lah ada masalah.

Dalam keadaan undang-undang yang ketat sekrg, Masalah kami nak main ambil pekerja asing ni terpaksa kami kawal selia. Sekarang pekerja asing yang hendak bekerja perlu ada permit. 4 bulan yang lepas, adalah dua orang pekerja Indon. Juga sudah saya lepaskan demi mengelakkan dari di denda. Takut!!! Apa bila ketatnya undang-undang masalah semakin meruncing. Kerja BANYAK tapi yang kerja saya dan adik sepupu yang tunggu SPM... GILA tapi benar. Letih cari pekerja Melayu sejak 4 bulan yang lepas. Semua yang datang INDON. Mana pergi rakyat Malaysia yang merayu simpati orang ramai ni? Yang masuk BERSAMAMU... tak de kerja... yang meminta bantuan kewangan... MANA??? Nak pecah kepala memikirkan. IKLAN dah merata letak mencari pekerja. Tetapi itulah hakikatnya orang Malaysia ni. Dengar kerja kedai DOBI... rasa standard tak ada. Walaupun sijil yang ada setakat SPM... (Maaf jika ayat ini menyinggung) nak kerja kat opis. Gaji nak RM2000 sebulan. Atau pun mungkin mereka ni MALAS...Sekarang dalam usaha nak cari Supervisor... Berikan gaji RM1000 dulu... nak attract yang Melayu ni. Itu pun sebulan mencari dan tak jumpa2... Pedih kengkawan. Punya banyak orang Malaysia, satu pun tak minat nak jadi supervisor kedai dobi? Pelik...pelik... OKlah tu... cari juga orang yang nak kerja membasuh sahaja... tawar gaji RM800... sorang pun tak mai... Adeh... Nak menangis rasanya. Bukan apa... setelah setahun menjadi pengusaha dobi, nak juga rasa rehat. Maklumlah setiap hari kat kedai. Keletihan yang amat sangat sampai semlm pitam dalam toilet. Nasib baik Isteri dengar saya jatuh macam gajah kena bius. Kalau tak... entah la... Nak kata saya ni dah kaya raya tak juga... masih macam dulu... kerja dan bayar hutang... Lebih sket jer pasti habis bayar hutang masa kerja... Kalau lah boleh ada lebihan yang besar, pasti dah bayar beribu ribu sehingga RM6ooo utk dapatkan pekerja legal dari Indon.

Awal dulu boleh lah bersuka dan sedih ria mencari pelanggan. Bila orang dah kenal ni... BUSY menjadi perkataan rutin diberikan pada kengkawan yang call. Bukan nak berlagak sombong atau apa... cuma beban kerja yang menimbun dan orang suka dengan cara kita bekerja membuatkan kedai sentiasa penuh. Dah penuh... pekerja pula jadi isu. Kerja banyak GILA... tapi kederat 2 orang. Adik sepupu ni kekadang cakap nak menangis tgk banyak baju nak basuh. Kesian... tapi tak jumpa orang yang nak kerja... macam mana?

Itulah, kekadang orang yang bekerja ngan orang ni rasa, bekerja sendiri lagi bagus... memang betul... duit pegang sendiri... kerja sesuka hati...(ye ke?) dan bebas buat decision. Sebenarnya tidak... jadi kuli untuk semua orang... dalam bahasa kasarnya. Bila kita bekerja sendiri ni... bos kita dah jadi ramai. Kalau kita bole control semua pelanggan kita ni... baru lah title BOSS tu jatuh kat kita. Janganlah ingat jadi boss ni senang. Semua benda kita nak jaga. PEKERJA, barang2, pelanggan dan sebagainya... sehingga yang remeh pun kita kena tahu. Pengusaha dobi pun begitu. Kecuali kalau kita ada duit yang banyak... boleh gaji kan orang beribu ribu utk sorang pekerja dobi (Gila ke ape?) baru lah lega sekejap.
Tapi saya tak rasa ada orang gila nak bagi gaji banyak pada pekerja dobi. Tak tahu lah kalau saya ni yang kedekut. Ape pendapat semua? Patut ke sorang pekerja dobi dapat RM1000 sebulan sorang? Ape pun anda semua pikir la sendiri... Pada bakal pengusaha dobi, jangan jadikan isu saya ni sebagai pelemah semangat. Kalau anda berjaya kelak, boleh share ngan saya... Atleast kalau function, boleh saya guna pakai...
Oklah... saya nak terus mengajar bakal pengusaha saya di belakang. Salam April... Dah nak sampai dah birthday saya... 15 April.... huhuhu semakin tua...

2 comments:

  1. yup... saya juga pernah mengalami nya dan masih mengalaminya sehingga kini setiap apa yang en katakan.. memang susah nak cari pekerja terutama yang tempatan.. gaji bulanan tinggi maybe kita tak boleh offer, tapi at least saya tawarkan bonus pabila genap setahun kerja.. even 6 bulan pun saya ada bagi .. tapi itulah bebudak kita sendiri memilih kerja.. baru test jer dah mengeluh.. panas la.. penatlah.. tapi kebanyakan warga asing pun sudah mula demand sekarang.. dengar gaji 700 jer dah juih mulut taknak..

    ReplyDelete
  2. masalah mcm ni aku pun kena jugak... mmg betul, bebudak kita ni memang memilih...tapi tak semua...ada yg x memilih,mungkin belum jumpa iklan jawtan kosong kedai kita tu... dari pengalaman, org kita bila gaji murah jer...dah x nak...x berbaloi..padahal nak upah iron & lipat jer...adoii...ni haa ada sorang kakak ni..pernah datang minta keja kat tempat aku nak buat part time katanya..mmg kebetulan aku perlukan sgt nak keja2 menggosok ni...aku bgtau sejam RM3 untuk permulaan..kalau dah terer nanti aku kasi up lah...korang tau apa dia cakap..."x berbaloi lah...kalau kita kongsi harga charge iron tu 50/50 boleh tak..?"...
    amboihhh...mak aiii..50/50...kalau aku charge RM1.20 sehelai...dia dah 60sen...abis tu aku nak untung apa...iron aku punya, elektrik aku kena bayar...x kan dia tak guna tandas...haaa air lagi....

    x tau laa apa nak jadi dengan org kita..
    skrg aku baru jer dapat budak baru...2 org..nampak semangat nak keja...walaupun byk kena improve lagi...

    ok sifu...kalau ada ilmu,kongsi2 lah lagi

    ReplyDelete

Followers

PROFEZ Visitors