Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Wednesday, November 24, 2010

Sabun packaging kecil utk kegunaan rumah

Kami mencari agent2 untuk menjual sabun kami yg telah di botolkan. Komisen menarik disediakan untuk semua agent. Sila call agent kami di bawah utk mendapatkan product terbaik punya dari Kedai Dobi. Kami telah mempunyai agent di tempat-tempat berikut:

1) Kuantan, Pahang call Puan Zarida 017-9735306
2) Pekan, Pahang call En Khaidir 019-9489912
3) Raub, Pahang call Puan Ima 019-9730141
4) Tasik Puteri, Rawang call En Saya 012-6454385
5) Kajang,call Korie 019-6647675
6) Segambut, KL call Puan Esah 012-9055730
7) Bukit Sentosa, Rawang call Puan Miza 013-6971271
8) Melaka, Call Makcik Mah 06-3364836
9) Kuala Kubu/Batang Kali/Jalan Duta, call Puan Wada 012-3574901
10) Wangsa Maju call En Shamer Laundry Kita 012-3321845

Sesiapa ingin mencuba atau membeli sabun atau softener boleh terus menghubungi agent2 di atas. Untuk menjadi agent sila hubungi saya di talian 012-6454385 atau email saya di laman@profez.com.my utk maklumat lanjut.

NOTA PENTING BARU:
Untuk menjadi Agen, anda perlu membeli stock pertama kali sahaja bernilai RM150. Belian seterusnya RM50 paling kurang. Dapatkan harga agent yg menarik dan memberikan keuntungan pada anda. Anda jual, anda untung.

Isi kandungan PROFEZ Detergent ini adalah 100% tumbuh-tumbuhan. Tidak mengandungi LABS seperti sabun-sabun yg terdapat dalam pasaran iaini sejenis synthetic yang bertoksid. Kandungan Minyak kelapa dan sodium membantu pakaian menjadi bersih, menghilangkan bau dan menyah kumankan pakaian yg di basuh. Mcm ayat iklan pulak... :) PH sabun kami pada tahap 12 berbanding sabun detergent dalam pasaran yg hanya memberikan PH kurang dari 10. Akan tetapi anda mesti berhati2, PH sabun yg melebihi 13 adalah merbahaya utk anda. Product ini telah melalui banyak test sebelum menjadi sabun pilihan Kedai Dobi.

Isi kandungan PROFEZ Softener ini juga adalah 100% tumbuh-tumbuhan. Dihasilkan dengan bahan asas GLYCERYL (tumbuh tumbuhan) dan bukan GALLOW (Haiwan) seperti yg terdapat di pasaran sekarang. Berada pada PH 10 dan pewangi yg tahan lama, anda akan dapati, baju anda lembut dan wangi selepas kering dan harum didalam almari. Product ini juga telah menjalani perbagai test sebelum menjadi softener yg melembutkan selepas gosok dan wangi.

Terima Kasih.

SABUN YANG MENJADI KEPERCAYAAN KEDAI DOBI

Tuesday, November 2, 2010

Perjalanan Sebuah Kedai Dobi

Salam teman2 sekalian...

Entah kenapa saya cuba upload gambar tapi server reject. Aduh... penat mencuba. Mungkin Server blogspot takut saya upload gambar yang bukan2. Hehehe

Oklah, kali ini coretan saya banyak ingin menyentuh bagaimana perjalanan sebuah kedai dobi. Masalah dah saya ceritakan, kali ini kita pergi detail kerja dobi. Ramai yg tidak tahu kedai dobi yg baik, akan ada S.O.P mereka sendiri. Apa itu S.O.P? Standard Of Procedure. Kenapa perlu ada? Supaya kita ada disiplin bila buat kerja.

Perjalanan kedai dobi bermula apabila pelanggan datang menghantar baju ke kedai dobi anda. Di sini aktiviti seperti mengira, menulis, marketing dan hospitality berlaku. Mengira, anda mungkin seorang yg cerewet dalam menimbang. Bagus, tapi kalau terlalu berkira, anda mungkin menjadi org yg dibenci pelanggan. Walaubagaimanapun, bukanlah kita kena bagi muka selalu. Contoh, customer hantar 12.2kg baju utk dibasuh, kita boleh bagi 12kg je just utk bagi customer senyum sikit kat kita tanda terima kasih. Saya pernah masa mula-mula buka kedai dulu dalam 7 bulan pertama, ada seorang pelanggan saya ni, hantar 9 helai 10 helai utk gosok setiap 2 minggu. Mrs Wong namanya. Satu hari tu, dia minta favor kat saya nak gosok sehelai baju blouse sebab nak pakai utk dinner. Jadi saya pun gosokkan untuk dia. Tepat masanya, Mrs Wong ni datang nak ambil, instead saya charge dia, saya bagi dia compliment. Dia insist nak bayar RM1.10 tu. So, saya made deal dengan nya, jika dia send kerap dan banyak means that RM1.10 tu dah berbayar. Percaya tak lepas tu tiap-tiap 2 minggu 20 helai baju dia hantar utk gosok. Bukan pasal satu helai tu jer, malah hasil kerja gosok saya dia suka. Bukan nak menunjuk, tapi ini boleh assist anda yg baru membuka kedai dobi...

Menulis bill adalah perkara yg terlibat dalam process menerima baju pelanggan. Kecekapan anda menulis setiap perkara terlibat akan membuatkan anda membantu pelanggan anda utk cepat keluar dari kedai. Bila terlalu lama duduk dalam kedai, customer akan melambatkan kerja kat belakang yg mungkin sedang berlambak. Bill yg ditulis juga perlu lengkap dengan harga yg betul (Kalau tak rugi, kalau untung customer kata kita mahal). Bila kita suruh pekerja buat bill, kadang-kadang ape yg pekerja caj mungkin salah... adeh... masa tu tepuk dahi.

Settle bahagian billing, kita nak pula susun pakaian customer yg hantar tu supaya siap on time. Ada org kata saya ni tipu sebab dengan 1 dryer, saya boleh siapkan 10 customer atau mungkin lebih dalam sehari. Kalau kita good in managing time and machine, semua yg impossible boleh berlaku. Susun, susun juga tapi belum tentu pekerja kita duduk tgk betul-betul. Ada kala kalau kita pengusaha malas, pekerja mungkin terlupa basuh customer punya baju. Yea lah... kalau dah bersusun panjang... kita susun yg mana cepat depan... yg mana lambat belakang... then pekerja ambil yg mana depan jer tanpa melihat atau check yg belakang tu hari ape kena siapkan... haa... then masa ni lah jadi masalah besar. TENSION!!! Sabar yea... sabar.... byk lagi.. ni perjalanan kedai dobi... anda yg berminta nak buka kedai mesti tahu semua ni.

Dah susun cantik, dah basuh pun ikut tarikh. sekarang melipat. Dush... beratur baju kering di kawasan melipat. Letih kakak-kakak abg abg melibat baju dari yg luar sampai ke dalam. dari yg sensitif sampai tak sensitif. Huhuhu saya pernah dapat G-String... pening nak lipat macam mana. Maklum lah saya tak pernah pakai... jadi tak tahu lah nak melipat. Tapi seronok ada kedai dobi. Time ni la belajar pakaian perempuan dan nama pakaian-pakaian pelik ni. Dah lipat-lipat, nak susun baju dalam plastik. dah susun-susun dan seal dgn celotape, ada lak baju tertinggal. Bukak balik, susun balik. Dah settle, susun plastik penuh baju tu kat rak. Selesai kerja, membasuh... sekarang menunggu pulak customer ambil dan bayar penat lelah kita. Bila nasib baik, hari yg di janjikan dapat payment. Kalau tak sebulan... baru jumpa org yg hantar tu...

Jadi perjalanan kedai dobi ni tak la sesusah mana. Senang jer bagi mereka yg baru belajar nak belajar buka kedai dobi. Yang amat penting kita kena buat procedure kita sendiri dan belajar memahami procedure kedai agar boleh di implementkan pada pekerja. Bila pekerja dah tahu, boleh jadi cam saya, tak yah duduk kedai, kedai boleh berjalan. Cuma bila ada masalah dari customer baru la tahu ada masalah.. hehehe... dunia... mana bisa lari dari masalah. Eh... oklah, saya perlu jumpa client utk job baru IT saya. Jika berkesempatan, saya akan menulis lagi. Kalau ada yg nak saya bercerita tentang apa-apa yg berkaitan dengan dobi, bagi tahu lah. saya boleh sharekan sedikit sebyk ilmu yg saya ada. Oklah... wasalam...

Sunday, October 10, 2010

Permasalahan Kedai Dobi

Salam Teman-teman sekalian,

Banyak emails yg saya terima bertanyakan "Mcm mana nak buka laundry?" "Seronok tak ada laundry business?" "Ape msein yg diperlukan?"... tetapi pernah tak terfikir permasalahan yang bakal dihadapi oleh bakal pengusaha?

Kalau nak ikutkan, dengar daripada para penceramah perniagaan dobi, semuanya indah. Semuanya hebat. Jadi bagi orang yg ingin memulakan perniagaan dobi semuanya bersemangat. Bukan? Hehehe. Tujuan asal saya bukan nak menakutkan semua yg minat dengan dobi. Cuma mahukan mereka yg ingin berniaga servis seperti dobi ini minat dan bersedia dalam apa sahaja hal yg bakal mereka hadapi.

Kalau tanya penceramah yg menawarkan sijil, sikit jer masalah. "Setiap perniagaan ada masalahnya". Yea amat betul. Akan tetapi tahap masalah yang dihadapi sangat berbeza bila melibatkan servis utk orang ramai. Servis dalam dobi melibatkan kebersihan, wangi, menjaga amanah orang ramai dan ketepatan masa. Ramai yg tidak tahu yg dobi merupakan perniagaan servis yg mudah jika kita mempunyai lebih daripada 2 tangan. Hehehe. Alien jer yg ada lebih daripada 2 tangan. Maksudnya, jika anda dulu bekerja dengan 2 tangan, anda perlu adakan lebih daripada 2 jika menjadi pengusaha dobi. Anda tidak boleh bergerak bebas, anda terikat pada janji dengan org ramai, anda terpaksa menjaga kualiti pekerja anda, anda terpaksa menanggung kos-kos yg terlibat dan banyak lagi.

Bagi sesetengah pengusaha dobi, kos adalah perkara kecil. Especially mereka yg kuat dari segi kewangan atau pun telah lama mengusahakan dobi. Juga bagi mereka yg suka menjadi "Jambatan dan Tol" iaini mengambil untung atas kesusahan pengusaha dobi. Bagaimana pula bagi mereka yg ada masalah dengan kewangan atau kurang dana tambahan utk bertahan? Bagi orang "Senang" yg mendengar rintihan pengusaha yg meminta bantuan kewangan ni selalunya akan bercakap "Jangan bergantung pada bantuan la...". Sebbnya mereka ni sedang duduk di atas. Cuba bagi mereka duduk ditempat orang susah ni... huhuhu... Tak nak nye dorang ni. Budget kurang merupakan kesusahan yang selalu timbul dikalangan pengusaha dobi Bumiputra. Ye lah... kita didik selepas University, kerja dengan syarikat-syarikat besar. Cari pekerjaan yang stabil. Takut kepada kegagalan dalam perniagaan. Jika kita punyai sedikit budget selepas kedai dibuka, anda perlu memainkan peranan "Lebih daripada 2 tangan konsep". Susah jer bunyinya utk hadapi masalah kedai dobi. Betul, Dobi kalau anda tidak bersedia mempunyai masalah, anda akan tidak dapat tidur malam dengan nyenyak.

Jangan hairan anda terpaksa menggunakan back up money utk cover perbelanjaan anda. Dan jangan hairan, ada kalanya, ape yg anda budget untuk 6 bulan cuma bertahan kurang daripada 3 bulan. Ini ada kaitan dengan janji anda tadi pada org ramai dan amanah. Masa ni lah anda terpaksa bayar pampasan, ganti rugi, kos sabun, stok tambahan dan sebagainya. Yea ke ni...? Kalau anda cuai... ini lah akibatnya. Tapi jangan hairan, dengan berhati-hati pun kekadang kita akan buat "silly mistake". Hati-hati tatkala anda anda berhati-hati ada yg mengambil kesempatan... "Bad Customer".

Bila dalam keadaan kerja banyak, costing akan bertambah. Jika anda melambatkan bayaran bil2 anda, hehehe masalah akan bertambah untuk anda. Tiba-tiba pulak bil elektrik air naik. Adeh... mula la bertambah perkara yg nak difikirkan. Tiba-tiba pekerja gaduh sesama sendiri. Sorang lari... merajuk. Adeh bertambah pening. Tak selesai masalah pekerja, datang customer baik anda mengatakan seluar dia hilang. Cari punya cari... tak jumpa... Dalam fikiran, abis la nak kena ganti. Tengok tarikh, alamaks, "it sewa payment time"... check akaun, adeh... tak cukup la pulak... time ni nak pikir, mana nak cekup duit tambahan. Orang yang "BODOH" akan cari "AH LONG" (seriusly ini adalah business killer). Kalau nasib ada partner kamu yg kerja, duit gaji partner jadi taruhan. Adeh... Kalau dah kawin, ada anak... mcm mana nak feed my family? Pergh... gila oh gila.

Datang lak Aidilfitri menjelang tiba. Alhamdulillah, baru kurung utk dry clean berlambak masuk. Semua berkilat... sampai lupa nak kenal kain. tiba-tiba, baju kurung yg anda expect utk turun warna bertindak merosakkan baju yg lain. Argh... baru nak tidur lena... tambah balik masalah. Duduk la berfikir nak selesaikan masalah, datang pulak penguatkuasa minta lesen perniagaan... Lesen lepas... lesen gantung banner... KANTOI!!! Merayu pulak..."Tolong la encik, saya belum mampu nak bayar lesen RM25 ni... bagi la saya peluang" Nah!! dapat amaran daripada budak-budak penguatkuasa. "LAST WARNING!". Huhuhu.. bila hidup dapat aman sikit.

Dah penat setahun buka kedai, nak merasa rehat sikit. Dapatkan pekerja tambahan. Bertambah kos RM600 - RM700 utk sorang pekerja. Ingat boleh selesai masalah kerja yg tertangguh, baju bercampur aduk. Tak... bertambah lagi... first month ramai lak yg tanya baju seluar mereka. second month kurang tapi masih ada. Masih ada bulan seterusnya. Rasa macam nak charge ikut helai jer. Tapi Customer kedekut. Saya pun sebenarnya. Nak murah tapi berkualiti. Byr basuh RM5.00 hilang seluar RM90. Berbaloi tak bayar? Hahaha... Funny but true. Tension-tension.

Banyak masalah yg pasti timbul. Tapi sebenarnya, adakah kita bersedia utk cabaran diluar dugaan. Adakah kita mampu hadapinya? Kuat kah kita menjalankan tanggungjawab kepada orang ramai. Permasalahan ini lebih derita kerana orang cari kita siang dan malam. Kalau business project, time weekend, orang tak ganggu. Tapi dobi tidak. Even weekend pun org sms. Nak saya tambah cerita, tapi perut dah lapar... Insyallah saya sharekan pengalaman hebat mempunyai kedai dobi... Adakah anda mampu mengubahnya?

Sunday, August 8, 2010

Laman Ampaian Power!

Salam,

Syok rasanya bila semakin hari semakin byk lak masyuk... Kekadang rasa nak suh customer hantar tempat lain jer... tapi bila mengenangkan income yang masyuk ni... ambik jer lah... Terpaksa kerja lebih masa pun kitaorg sapu bersih... hahaha...

Laman Ampaian yang kini di jaga oleh Bro Ashraf sebagai caretaker Laman Ampaian kini berjalan seiringan dengan peredaran masa. Pergh ayat aku ni... hehehe. PLUS HIGHWAY dah start hantar byk dah barang2 dorang... Hari Khamis FULL HOUSE! Hahaha

Oh yea... Kami baru dapat seorang pelajar UUM utk practical. Baru sampai... Nak belajar macam mana nak buka business laundry. Saya tak kisah kalau orang nak belajar. Asalkan tak lupa diri. Nak ajar hari ni, saya tak de kat kedai, jadi bro Ashraf la tukang ajar dan belajar. Aku harap lepas ni UUM tetap menghantar pelajar setiap practical semester kat aku la... syok bila mengajar orang supaya berjaya ni...

Eh... kereta dah mari... oklah kengkawan... Ingat! Berikan service terbaik untuk customer anda! Pastinya anda juga POWER!!!

Monday, July 19, 2010

Gambar Terbaru Laman Ampaian 19/07/2010

Saje nak mengupdate blog... Kerja sekrg tgh banyak sampai pekerja pun muka lembik jer... tiap2 hari kerja berlambak especially ironing... nak buat canne... org tak hantar korang tak de gaji... itu jer alasan yang aku ada... hahaha...
Bersusun baju nak basuh... Ni yang ari ni... belum tgk yang esok nyer... penat aku tgk... Ni dah letih aku duduk jap menaip kat blog
Comforter tak lah berlambak... tapi nak melipat sejadah ngan telekung PLUS Highway ni penat gila... tak baik mengeluh... nanti rezeki lari...
Yg ni untuk keesokkan hari nya. Adeh... jgn lah ada pekerja sakit... sakit aku nanti...
Dan akhirnya... baju2 yg dah siap ni... org ambik jer... ada lagi... org amik jer ada lagi utk letak kat tempat ni... Syok tgk...
Sayang rasa tgk kedai ni... sayang gila... huhuhuhu

Wednesday, July 14, 2010

CHANGE OF MIND

Salam sahabat sekalian,
Banyak email yang kami terima apabila kami siarkan tentang penjualan Laman Ampaian. Semua suruh kami kekal menjadi owner dan ada pulak yang tawarkan diri untuk menjadi owner baru. Hehehe.
Terima kasih banyak-banyak atas sokongan kawan-kawan yang tak mahu kami lepaskan usaha kami yang baru berumur 1 tahun 3 bulan ni. Bila semua dah menyokong, kami sekarang tawar hati pula nak melepaskan Laman Ampaian. Beban 2 kerja 1 masa tu tetap ada. Yealah, nak jaga Project lagi, nak tengok kedai lagi, masalah-masalah yang bakal menyusul dan mengusutkan kepala lagi. Semua tu banyak memainkan peranan dalam keputusan kami.
Alhamdulillah, hari ni, pihak PLUS Highway nak bagi lagi kerja basuhan pada kami. Itu hari Bahagian Selatan, habis kami kongker... setiap minggu hantar basuh kat Laman Ampaian, sekarang nak bagi bahagian Utara pulak... pergh... rezeki melimpah ruah datang. Syukur Alhamdulillah. Customer pulak dah semakin kerap datang, barang-barang seperti sabun, softener dan pewangi semakin hari semakin laris. PLUS jagi customer tetap membeli PEWANGI BLOSSOM kami. Kami tak hebahkan pada rakan-rakan kedai dobi, cuma pada pelanggan EXCLUSIVE jer pewangi ni sebabnya bukan sahaja wangi, malah bertahan 7 hari.
Jadi, macam mana nak jual? Baru Setahun beroperasi Laman Ampaian income bersih saya dari kedai dobi dah bole bayar BMW 3 series. Hm... Rasa tak berbaloi jual dengan harga RM50,000.00. Rasa tak berbaloi juga untuk saya jual sekarang ini dengan income yang akan bertambah dalam masa terdekat ni. Entahlah...
Saya cepat berubah fikiran. Since Kedai dobi ni masih boleh beroperasi seketika tanpa saya, (Cuma bila dry clean saya kena buat sendiri) Saya hold my decision. TETAPI, jika saya received offer yang berbaloi dari orang luar yang nampak potensi Laman Ampaian, iaini kedai dobi, station barangan dobi, dan kerja2 dari pihak PLUS Highway; saya akan terima. Offer termahal saya pernah terima untuk kedai saya ini last Monday RM60,000.00 tetapi saya rasa it may worth RM80,000.00 and above dengan apa yang Laman Ampaian boleh achieve and generate with the resources available.
Bukan berlagak tapi saya percaya Laman Ampaian boleh generate return balik within 1 year. So, pada mereka-mereka yang call saya itu hari, I believe, you all terlepas peluang keemasan atas kesilapan saya menilai. Sekarang, Saya dah figure out, and you guys miss out.
Ok... selama tak de offer more than RM80,000.00, selagi tu Laman Ampaian akan kekal menjadi milik saya. Adios...

Thursday, June 3, 2010

Berjasa

Salam buat teman teman sekalian,
Lama sudah tak mencoretkan sesuatu di blog. Saya agak sibuk dengan Training Programme yang saya anjurkan baru baru ni. Alhamdulillah, dapat juga saya curahkan serba sedikit ilmu dan memberi dorongan dan tunjuk ajar untuk pengusaha baru yang berdaftar di Training Programme saya. Saya amat berharap kepada Cik Yati dan Puan Suria yang baru saja tamat Training mempraktikkan semua ilmu dan formula yang saya berikan untuk berjaya dalam dobi. Oh yea, minta Cik Yati datang dan test semula kerana hari test tempohari anda masih gagal utk lulus training saya. Saya tak bagi certificate kalau tak lulus... :)
Laman Ampaian kini terus berusaha untuk menguasai pasaran tempatan di Bandar Sri Damansara. Kadang-kadang rasa jasa dan pengorbanan setahun lalu berbaloi untuk diteruskan. Para pelanggan amat gembira dengan hasil kerja yang kami berikan. Bukan nak puji diri sendiri, tapi dah jadi realiti. Kemasukkan Pengurus kami yang baru, En Amirrul, banyak memberi cabaran suka dan duka. Bila dah orang baru handle, banyak lah benda yang tak betul berlaku.
Tak di nafikan, bila ambil pengurus yang tiada pengalaman ni, byk lah perkara seperti rosak, baju tercampur dan sebagainya berlaku. Letih nak ajar pengurus ni lebih banyak berbanding nak ajar student Training. Alhamdullilah, setelah sebulan setengah, barulah keadaan kelam kabut tu hilang satu per satu. Pening kepala memikirkan benda-benda ini, tapi ape nak buat, Pengurus lama dah berenti mengejut, jadi kena start from fresh balik lah nampak gaya.
Saya juga rasa bersyukur, kehadiran Pengurus baru ini telah banyak membantu saya dalam urusan kedai. Kini, kontraktor PLUS dah mula datang hantar Sejadah dan Telekung untuk di basuh. Kalau tengok sekali hantar pergh... banyak... bau jgn cakaplah bila berjuta manusia menggunakan pakaian yang disediakan PLUS ni. Banyak pahala PLUS dapat... Mana taknya dari Selatan punya RNR sampai ke Utara... suma kami dah basuh... Semoga berkekalan lah hendakNya.
Berjasa lagi... Alhamdulillah pujian harus diberikan padaNya yang memberi rezeki. Untung tuan-puan buka kedai dobi ni, bukan saja berjasa, diberikan pahala hendakNya. Tapi, jangan lah buat sambil LEWA...Bak kata Ayah saya, ini juga amanah yang orang ramai kasi pada kita.
Sebelum saya tutup cerita ingin saya kongsikan sedikit hasil gosok baju yang saya ajar dalam training. Baju bawah ni jenis yang agak susah untuk digosok. Semasa saya ambil gambar ini, baju ini telahpun digosok oleh student saya yang lepas-lepas. Jadi untuk buktikan pada nya yang baju ini boleh di gosok lebih cantik, saya ambil gambar di bawah utk contoh semua.
Setelah saya gosok balik dengan teknik saya, akhirnya, keputusan nya adalah seperti dibawah. Cantik tak? Hehehe... Teknik yang susah nak saya ajar melalui gambaran. Tapi insyallaah ramai org akan suka dengan service anda...
Oklah, sampai sini dulu coretan saya... Salam Jumaat... Wassalam...

Friday, April 23, 2010

Kisah sub dry clean

Dalam dunia dobi ni ada kita akan berjumpa dengan ramai pengusaha dari pelbagai jenis dobi. Ada yang dari dobi basuh carpet aje, ada yang ada basuh biasa aje, ada yang ada basuh biasa dan dry clean dan ada yang ada semua. Semua jenis pengusaha ni bergantung pada poket masing-masing. Yang banyak duit, boleh la ada semua. Macam saya ni... hanya ada dry clean dan normal wash aje.
Walaupun begitu, saya ambil dan tolong orang yang nak sub dry clean dengan saya. Especially students saya yang dekat-dekat ni. Kalau saya tak tolong sape lagi la kan? Pada dasarnya dua-dua dapat untung. Tapi bukan pasal keuntungan yang saya nak tekan kan sangat. Tapi tekanan daripada orang yang nak sub kat saya ni... Bukan merungut, tapi menceritakan perihal yang tak dapat nak dibendung.
Alhamdulillah sudah 7 kedai dobi sekitar saya hantar sub dry clean kat saya. 6 yang lama ngan saya amat kooperatif dan tahu mcm mana nak tackle pelanggan yang nak cepat. Tapi yang 1 ni... ikut perangai pelanggan yang hantar pada dia. Bagi saya ini semua pengusaha baru especially yang tiada dry clean kena faham kekadang situasi tempat yang ada sub. Ada masa, Dry Clean anda boleh disiapkan segera, dan kadang kala bila dah beratur panjang, kenalah ikut giliran. Saya bukan menolak, tetapi mengikut kebolehan atau ability kapasiti kedai saya. Jika lambat siap, akan dimarahi. Pada masa yang sama, ada pelanggan walk in yang hantar Dry Clean. Jadi, sebagai pengusaha, saya pastinya akan lebihkan pelanggan walk in. Yealah... yang sub ni tak semestinya akan lama menghantar pada kita. Suatu hari nanti dia akan beli mesin dan buat sendiri.
Masalah ini akan lebih berterusan, bila cakap dengan pekerja saya nak cepat, dan siap tetapkan jadual bila kena siap pada pekerja saya. Walhal, dikedai saya ni pun sudah ada jadual utk pekerja pekerja saya buat. Lagi sekali saya tekankan, bukan mengeluh, tetapi semua orang kena bertimbang rasa. Fikirkan hal orang lain juga dan jangan pentingkan diri sendiri. Umpamanya hari Jumaat (23/04/2010) tanpa disedari, ada 124 helai untuk digosok termasuk yg Dry Clean dengan jumlah pekerja yang ada untuk gosok 1 orang. Kebetulan memang hari cuti tukang iron no 2. Bila saya tanya pada supervisor kedai saya kenapa boleh jadi macam ni? Dia kata kawan bos minta tolong siapkan cepat. Hantar hari Rabu, Jumaat nak ambil. Dia nak tolak takut bos dia ni marah. Last2, berlambak cam tu. Adeh... Akhirnya, terpaksa inform pelanggan walk in yang baju dia siap lambat sehari... Yang rugi saya lah... sebb walk in customer saya. Tapi yang menghantar ni sepatutnya dah tahu kedai kawan anda ni dah packed jgn la menduga. Bila rosak, pastinya 100% kesalahan diletakkan di bahu org yang bekerja. Orang yang buat sales dapat 40% untung, rosak 100% letak kat tokeh Dry Clean... hahaha... teruk tapi benar.
Yang penting pada saya disini soal timbang rasa terhadap kewajiban tuan empunya kedai dobi Dry Clean nak siapkan kerja. Bukan memaksa dia bekerja untuk anda, tetapi menghormatinya agar dia bersedia bekerjasama dengan anda. Janganlah mengharap pada sebelah pihak sahaja. Sebagai pengusaha baru dan tiada mesin dry clean, anda perlu beritahu pelanggan anda yang anda, sub kerja anda pada orang lain. Kerana apabila anda mula menipu pelanggan anda pasal kebolehan anda, anda takkan lama dalam perniagaan anda. Pada masa yang sama, orang yang anda hantar utk di subkan akan menyisih anda. Baik-baik buat kawan sekrg dah bertukar nada. Kan tak best... betul tak? Hormat Menghormatilah sesama kita agar kita semua berjaya bersama. Bukan berjaya sorang-sorang.
Bukan niat saya menulis kerana marah atau dendam, tetapi nak meminta jasa baik semua pengusaha dobi, sama ada yang sub atau disubkan, terutama pengusaha MELAYU, jangan lah ambil kesempatan terhadap kekurangan atau kelebihan orang lain. Kerana perkara-perkara ini lah kebanyakkan orang MELAYU berpecah, bergaduh, berselisih faham dan macam-macam lagi. Kan baik kalau semua faham situasi diri sendiri dan orang lain. AMAN dunia kita... Semua orang naik sama rata dan tiada menindas dan tertindas... Mari kita semua mulakan dari perniagaan DOBI ni... bila semua bersatu pasti kita semua orang MELAYU dapat kongker ekonomi Negara kita sendiri... Ecewah... macam ahli politik lak... hahahaha...
Oklah kengkawan, saya banyak terima email dari orang ramai yang minat nak buka dobi ni. Jadi email mereka ni perlu dijawab agar mereka membuka dobi dengan kos yang sepatutnya... dan tidak tertipu... Saya juga menjemput sesiapa yang nak memberi pandangan pasal dobi ni untuk menulis di board chat saya di page ni... Ok.. Adios semua!!!

Thursday, April 8, 2010

Bila keadaan memeningkan

Laundry Life... atau dalam bahasa Melayu... kehidupan dobi... Pergh... sentiasa ada cabaran. Saya rasa bukan dobi aje lah... semua jenis kerja yang cari makan sendiri ni dan ada kaitan dengan pekerja. Sejak bermula Laman Ampaian beroperasi, perihal pekerja sentiasa menghantui. Cabaran utama banyak berkaitan dengan pekerja tempatan... erti kata local workers. Kalau Foreign workers atau pekerja asing ni... kurang sikit masalah. Walau bagaimanapun masih tetap lah ada masalah.

Dalam keadaan undang-undang yang ketat sekrg, Masalah kami nak main ambil pekerja asing ni terpaksa kami kawal selia. Sekarang pekerja asing yang hendak bekerja perlu ada permit. 4 bulan yang lepas, adalah dua orang pekerja Indon. Juga sudah saya lepaskan demi mengelakkan dari di denda. Takut!!! Apa bila ketatnya undang-undang masalah semakin meruncing. Kerja BANYAK tapi yang kerja saya dan adik sepupu yang tunggu SPM... GILA tapi benar. Letih cari pekerja Melayu sejak 4 bulan yang lepas. Semua yang datang INDON. Mana pergi rakyat Malaysia yang merayu simpati orang ramai ni? Yang masuk BERSAMAMU... tak de kerja... yang meminta bantuan kewangan... MANA??? Nak pecah kepala memikirkan. IKLAN dah merata letak mencari pekerja. Tetapi itulah hakikatnya orang Malaysia ni. Dengar kerja kedai DOBI... rasa standard tak ada. Walaupun sijil yang ada setakat SPM... (Maaf jika ayat ini menyinggung) nak kerja kat opis. Gaji nak RM2000 sebulan. Atau pun mungkin mereka ni MALAS...Sekarang dalam usaha nak cari Supervisor... Berikan gaji RM1000 dulu... nak attract yang Melayu ni. Itu pun sebulan mencari dan tak jumpa2... Pedih kengkawan. Punya banyak orang Malaysia, satu pun tak minat nak jadi supervisor kedai dobi? Pelik...pelik... OKlah tu... cari juga orang yang nak kerja membasuh sahaja... tawar gaji RM800... sorang pun tak mai... Adeh... Nak menangis rasanya. Bukan apa... setelah setahun menjadi pengusaha dobi, nak juga rasa rehat. Maklumlah setiap hari kat kedai. Keletihan yang amat sangat sampai semlm pitam dalam toilet. Nasib baik Isteri dengar saya jatuh macam gajah kena bius. Kalau tak... entah la... Nak kata saya ni dah kaya raya tak juga... masih macam dulu... kerja dan bayar hutang... Lebih sket jer pasti habis bayar hutang masa kerja... Kalau lah boleh ada lebihan yang besar, pasti dah bayar beribu ribu sehingga RM6ooo utk dapatkan pekerja legal dari Indon.

Awal dulu boleh lah bersuka dan sedih ria mencari pelanggan. Bila orang dah kenal ni... BUSY menjadi perkataan rutin diberikan pada kengkawan yang call. Bukan nak berlagak sombong atau apa... cuma beban kerja yang menimbun dan orang suka dengan cara kita bekerja membuatkan kedai sentiasa penuh. Dah penuh... pekerja pula jadi isu. Kerja banyak GILA... tapi kederat 2 orang. Adik sepupu ni kekadang cakap nak menangis tgk banyak baju nak basuh. Kesian... tapi tak jumpa orang yang nak kerja... macam mana?

Itulah, kekadang orang yang bekerja ngan orang ni rasa, bekerja sendiri lagi bagus... memang betul... duit pegang sendiri... kerja sesuka hati...(ye ke?) dan bebas buat decision. Sebenarnya tidak... jadi kuli untuk semua orang... dalam bahasa kasarnya. Bila kita bekerja sendiri ni... bos kita dah jadi ramai. Kalau kita bole control semua pelanggan kita ni... baru lah title BOSS tu jatuh kat kita. Janganlah ingat jadi boss ni senang. Semua benda kita nak jaga. PEKERJA, barang2, pelanggan dan sebagainya... sehingga yang remeh pun kita kena tahu. Pengusaha dobi pun begitu. Kecuali kalau kita ada duit yang banyak... boleh gaji kan orang beribu ribu utk sorang pekerja dobi (Gila ke ape?) baru lah lega sekejap.
Tapi saya tak rasa ada orang gila nak bagi gaji banyak pada pekerja dobi. Tak tahu lah kalau saya ni yang kedekut. Ape pendapat semua? Patut ke sorang pekerja dobi dapat RM1000 sebulan sorang? Ape pun anda semua pikir la sendiri... Pada bakal pengusaha dobi, jangan jadikan isu saya ni sebagai pelemah semangat. Kalau anda berjaya kelak, boleh share ngan saya... Atleast kalau function, boleh saya guna pakai...
Oklah... saya nak terus mengajar bakal pengusaha saya di belakang. Salam April... Dah nak sampai dah birthday saya... 15 April.... huhuhu semakin tua...

Thursday, March 11, 2010

Coretan Setahun Kedai Dobi LAMAN AMPAIAN

Sejarah membimbing kita supaya kita memperbaiki diri. Sesetengah orang melabelkan sejarah itu adalah kenangan yang tak sepatutnya di kenang. Sekelip mata, apa yang saya pernah paparkan sebelum ini telah pun menjadi sejarah. Dari sebuah kedai yang kosong, saya ubahkan menjadi sesuatu yang memberi keuntungan pada diri saya dan orang yang bekerja dengan saya.Dari hanya sebuah rangka menjadi sebuah ruang kedai yang indah bagi saya dan isteri. Bayangkan betapa takut dan gementarnya kami pada awal pembabitan dan pembinaan kedai dobi kami. Melihatkan kos yang kami keluarkan, melihatkan pembangunan ubah suai kedai juga telatah kontraktor kami seharusnya cepat lemah semangat. Jika anda pernah menghadapi situasi ini, pastinya anda faham. Dah lah nak buka kedai, dah melabur beratus ribu, terfikir pulka di kepala, nak ke agaknya orang datang kedai aku. Sigh!Melopong bila tengok luar kedai. "Ape benda agaknya yang sesuai aku letak kat depan ni?" Macam macam idea terkeluar. Mulalah nak menamakan kedai. Daripada Purple Laundry, ke Backyard Laundry dan akhirnya pilih Clips Laundry. Wah!!! Happy nya bila nama dah decide. Dah cantik cantik mendesign (Sendiri bikin...) Datang pulak masalah. PBT kata nama bahse Inggeris ni tak boleh pakai untuk signboard kedai kami. ADUH!!! Kami nak gak nama ni!!! PBT suh kami dapatkan trademark kat intelektual ape tah nama tempat tu... Selidik punya selidik dah macam nak register satu KFC baru. PERGH!!! Dah la nama tak ber bin kan Dato' jadi mengalahlah pada situasi. Cari nama baru... Itupun akak yang duduk kaunter PBT tu bleh plak cadang PROFEZ Laundry kerana nama syarikat PROFEZ HOLDINGS SDN BHD. Adeh!!! Memacam lah dugaan. Bila anak muda macam kami ni nak buka business... kena lekehkan macam ini agaknya rupa. Atau, kami jer yang terkena.Namun dengan NEKAD, kami letak gak Kedai Dobi LAMAN AMPAIAN. Kata hati "Peduli ape aku... duit aku... usaha titik peluh aku... kenapa orang lain nak tentukan nama business aku?" Dalam takut juga kerana salah, kami letak jer nama Laman Ampaian dgn harapan nanti nak register Enterprise. Dah Setahun... baru lah LAMAN AMPAIAN SERVICES diregisterkan. Aku hairan lah PBT ni. Walaupun dah besar gedabak bahasa Malayu Kedai Laman Ampaian diletakkan di signboard, dia nak gak persoalkan perkataan kecil bahasa inggeris tu. Adeh... Duit tu wahai Tetuan PBT. Asalkan kami guna bahasa Melayu udah ler... setakat perkataan kecil tu tak boleh ke minta abaikan. Bukannya banyak sikit sangat. Dapat lak surat merah amaran dari PBT. Keluar semua akta mereka yang membolehkan kami di saman. Adeh!!! Susah nye nak meniaga. Dah lah buka kat tempat orang kaya, ramai pulak bangsa tiong hwa, konon nak nampak internasional, dah di Melayu kan betul betul kedai kami ni. Nasib nasib...Kalau ikutkan masa mula buka tengok kat depan ni kosong jer. Masa kami tengok gambar ni mula mula, dalam kepala cuma terfikir, boleh ke penuh depan ni suatu hari nanti. Kalau penuh ni sebb baju sendiri atau orang lain punya? Macam macam bermain kat aqal fikiran ni. Tapi pasal nama, sekarang pasal dalam kedai. Itu belum lagi cerita bab nak hias. Kalau orang pompuan ni tuan tuan, tak abis abis nak hias. Nak bubuh gambar itu lah, nak gantung cermin lah, Adeh... mengeluh lagi la nampaknya.Tup tup... Minggu pertama yang indah. Buat kerja macam siput. Mana taknya, nak praktik benda baru. Belajar membasuh sendiri, menggosok teknik sendiri, dry clean jer ambil ilmu orang. Dapat plak baju jaket sejuk, pergh... "Macam mana nak Dry Clean benda alah ni?" Pergh... puas tanya balik supplier mesin... punya pekerja... sikit sikit curi ilmu. Then mula lah tengok tempat gantung mula penuh. YES!!! Dalam hati. Dah mula banyak yea yea... gembira sakan... Walaupun sehari sales RM15.70 jer... hahaha "Atleast ada sale..." pujuk hati. Dalam bulan pertama, 3 hari tak de orang datang. Adeh... macam mana lah nak survive ni. Tgh minta tolong SMIDEC, masih tak de khabar berita... TOLONG!!! Solat nangis nangis minta jangan la kami kena bungkus business...Ok lah... doa kami yang berduyun duyun itu didengar. Benar kata Tun Dr Mahathir, Melayu mudah lupa. Pernah sekali terlupa akan amal ibadah. Yealah bila orang banyak hantar, hati gembira sampai lupa Solat, lupa berterima kasih, lupa nak berdoa lepas solat, lupa segalanya... Sampai Allah tunjukkan pada kami yang segala yang diberikan itu perlu diingati, perlu di agihkan, JANGAN lupakan NYA... Jangan bongkak... keluar satu persatu masalah, pekerja cuai, baju rosak, baju tercampur (Walaupun 1 customer 1 mesin). Pelik tapi benar. Time tu mula terfikir masa mula mula susah dulu, dari kosong sampai penuh Allah berikan rezeki. "Kenapa aku tak tetap IMAN? Kenapa aku lupa pada NYA?" semuanya berlegar di fikiran. Bila dah penuh, lupa pula nak berterima kasih, bersedekah dan beramal. Teruk betul perangai. Masa susah cari DIA dah senang lupa diri... Setelah tersedar, kami mula kembali ke jalan yang benar. Jalan yang patut kami lalui sejak dulu. Allah itu maha adil dan saksama. Dah ingatkan DIA juga kembalikan semula, agar sentiasa ingat pada yang lain. Kami mula sedar bahawa rezeki itu adalah milik semua manusia. Dari seorang pekerja, kami tambahkan kepada 5 orang kini untuk membahagi rezeki, menolong orang susah.
Perubahan demi perubahan kami lakukan dengan rezeki yang diberi. Dari guna rak RM18.00 sampai beban yang ringan sehingga berat beban kami gunakan, sampai ke tahap difikirkan perlu mengubah keadaan. Pelanggan kami yang terawal En Zaman antara orang yang senyum melihatkan perubahan itu. Sesekali teringat masa pertama kali jumpa beliau, ayat pertama "Ni kedai saudara ke?" Hahahah... Manis... manisDah ada lebih sket, kami tambah rak besar, RM18.00 kini berharga RM125.00. Hah, masa ni, jangan kata sahabat saya En Zaman jer, malah customer lain pun bercakap... "Wah, u punya bisness sudah maju haa..." Hihihi malu nak akui... kekadang akaun tarak duit gak. Almaklum, membeli ape yang tak de...Bila dah tahap nak bertukar tu, mula lah di tambah dan ditambah lagi. Rezeki dah mula datang dengan kencang. Dulu sehari RM1.10 hinggit pun pernah, sekarang pernah juga rasa sehari RM800.00. Ingatan padaNYA tak pernah luntur. Takut di tegur lagi. Tapi kalau kekadang terlalu pack, terlepas juga... contoh sedekah sedekah pada Masjid, berdoa dan selawat. Benda benda asas ni yang mengajar kita supaya berkhidmat dengan lebih baik dan dengan hati yang bersih.
Syukur rasa di hati, dari sebuah kedai yang penuh dengan hati dan harapan, kedai yang penuh dengan cita cita, penuh dengan angan angan kini bukan sahaja penuh dengan baju malah penuh dengan pujian... komplain tetap ada lah... "Wangi sangat lah..." "I tak mau plastik lah" "Jangan campur baju putih I dengan baju warna yea"... Malah pendapat macam mana nak lebih maju.Maka, kami kumpulkan dan satu kan sehingga termampu (PINJAM adik beradik) buat cermin depan kedai demi keselamatan baju orang ramai. Puas kami harungi hujan, angin, sampah sarap, ribut, anjing berlegar depan kedai, budak budak sekolah dok main loceng kami... adeh... bila dah ada cermin depan ni, confident pelanggan bertambah... melimpah melimpah... Betapa susahnya kami nak bina impian... tunggu bantuan dari badan yang berjanji suatu dahulu sampai TAK DAPAT... kami terpaksa pinjam adik beradik. Bukan nak lepas geram, tapi benda realiti atas kesusahan kami. Kami susah payah menaikkan kedai, ada pulak undang undang ber akta ni... Dapat pulak pelanggan MELAYU yang baju dress singkat harga konon RM300.00 walhal RM29.90 yang jenis manik murah, kain macam alas meja pengantin hantar dry clean. Kena chemical dry clean, warna manik yang macam perempuan punya qutex yang di sapu atasnya luntur. Kita cakap bebaik, habis sumpah seranah diberi... Itulah semuanya satu pengajaran...
Akhirnya, setelah berusaha sendiri, LAMAN AMPAIAN telah berumur 1 Tahun... Selamat Hari Jadi LAMAN AMPAIAN...

Friday, March 5, 2010

Kesibukan dan Keletihan yang berbaloi

Salam sahabat sekalian,
Dah lama tak menulis dan memberikan ilmu yang baru. Alhamdulillah, kerja amat banyak dan kursus sentiasa berjalan. Nak mengeluh sudah terlambat. Nak tak nak kena teruskan. Hah! Ape sebab nak mengeluh kan? Semua benda berjalan lancar. 15% cita-cita saya nak menolong orang Melayu berniaga telah terlaksana. Dah setahun bukak kedai baru 15%. Hahahaha agak slow usaha saya ni nampaknya. Dulu memang saya pegang Iron ni. Sekarang sudah tidak lagi. Expertnya pekerja saya sampai qualiti saya boleh diaorang absorb. Ape yang penting "KERJASAMA" hahaha. Ape yang penting cara kita nak didik pekerja. Itu sahaja. Student-student saya sekarang dah tahu dah rahsia kejayaan saya dalam hal mendidik dan melatih pekerja. Especially dalam hal menggosok. Kalau nak diterangkan melalui penulisan adalah amat sukar kerana anda semua tak dapat tgk live saya sebagai seorang lelaki yang memang malas menggosok, menghasilkan hasil gosok yang cantik dan menarik. (Wah! Puji diri sendiri nampak?) Sekarang, bukan sahaja saya, bahkan student-student saya pun dah memuji hasil gosokkan mereka sendiri. Hahahaha.
Menggosok bukan sahaja memerlukan kesabaran malah skill dan teknik yang betul. Kalau dah tahu menggosok, pastinya tahu bagai mana cara menggunakan wap untuk baju-baju seperti coat, kain lembut yang mudah terbakar dan sebagainya. Seluar, ada orang suka menggosok seluar menggunakan iron dan ada yang suka wap. Ada yang suka gosok sampai ke bahagian pinggang dan ada yang suka bahagian punggung sahaja. Terserahlah. Yang penting, perkara asas yang saya sebutkan kat atas tu anda semua ada. Mesin wap yang saya ada ini bukan lah semahal yang di jual oleh supplier-supplier mesin tetapi sudah cukup memberikan khidmat yang saya perlukan.

Seorang sahabat saya baru sahaja belajar menggosok seluar dengan seorang mejar tentera. Gosok sampai ke pinggang. Katanya Alhamdullilah, ramai yang suka. Kalau tuan-tuan pengusaha dobi tahu caranya dan buka dikawasan tentera, apa salah mencuba? Insyallah ramai lagi para tentera datang kekedai anda! (Tips ni)
Penyusunan kerja. Benda ni kalau tak tengok selalu, mesti tunggang langgang dibuatnya. Pekerja ni ada yang bijak mengurus kawasan ada yang suka buat derk jer. Bila kerja dah bertangguh, mesti macam kapal pecah. Student saya Aisyah pun terperanjat tgk gerak kerja yang tunggang langgang ini bila kita buat tak tahu hal kedai. Saja saya biarkan supaya student-student tahu akibat kalau ambil tak kisah pasal kedai masing-masing. Jangan biarkan ia berlaku kerana ini akan mengakibatkan, baju yang sepatutnya siap hari ini, tak siap. Time tu lah kena marah dek customer. Time tu lah baru nak marah pekerja. Hahahah...

Oh yea, susunan kerja yang saya maksudkan melibatkan semua termasuk menggosok dan dry clean bagi yang ada mesin. Susah nak kata. Benda ni akan berlaku jika kita leka. Leka tengok banyak orang hantar ke kedai anda. Leka tengok sales naik semacam. Time ni lah kita akan terduga jika tidak berhati-hati.
Langit tidak selalu cerah. Customer juga tidak selalu hantar. Tengah syok-syok dapat hari-hari penuh kat kedai, ada juga sehari dua dapat sedikit macam dalam gambar ni. Time ni pasti kita semua gelabah. "Ape hal orang tak ramai hantar ni?" Dalam kepala pikir macam-macam. Orang hantar jin lah, customer tak puas hati dengan servis kita lah, macam-macam lah. Ada kala semua ini dugaan dari Allah supaya kita beringat yang rezeki yang dia bagi tu dia boleh tarik bila-bila masa jer. Jadi jangan lah kalian lupa berdoa. Lepas solat waktu, amalkan ayat seribu dinar dan tadah tangan minta padaNya dalam bahasa Melayu. Minta ampun dulu kemudian "Limpahkan la kurniaan rezeki mu yang melimpah ruah, dan jauhkan aku dari orang yang berhasat dengki. Berikan aku ruang untuk memberikan khidmat terbaik untuk mereka yang memerlukan. Sesungguhnya Engkaulah yang Pengasih, Pengampun, Maha Kaya lagi maha Adil."
Tup tup... Nah!!! Rezeki macam ini mungkin tiba di kedai anda. Kelakar pun ada. Takut pun ada. Kelakar sebab ada yang tak mampu disiapkan. Takut bila kena marah sebab janji nak siapkan tapi tak siap. Hahahaha... jadi macam tu la dunia. Ada kita dan ada Tuhan. Sesungguhnya nak berjaya tu banyak cabaran. Buangkan perasaan hasat dendam dan dengki... nescaya Allah akan batu kalian.
Kat sini saje nak tunjukkan gambar baju istiadat yang seorang hamba allah ni hantar. Mak ai... cantiknya baju... putih dan bersih. Sekian, semoga yang baik dijadikan iktibar dan yang jahat dijadikan tauladan... Wassalam..

Sunday, January 31, 2010

Marketing Strategy and Planning

Salam Februari 2010 kepada teman-teman sekalian.
Kalau ikutkan dah hampir setahun Laman Ampaian beroperasi secara sendirian tanpa apa-apa bantuan grant kerajaan yang kami kejarkan. ("Bagus la kalau macam tu..." kata org)(Sigh!) Perit dan Letih telah pun kami lalui tanpa rasa menyerah kepada takdir.
Kecewa, marah, dan semua yang tak baik dalam hati itu kalau ikutkan dah boleh setinggi Gunung Kinabalu yang kat Negeri Sabah tu (Rindu pula rasa pada my parents yang sekrg kena transfer kat Kota Kinabalu). Nak pula bila dengar bantuan itu ini dalam radio. (Sigh!)
Apa pun bukan ini yang nak saya kongsikan pada kalian semua. Saya ingin berkongsi tentang marketing strategy yang perlu anda ada untuk bersaing secara sihat dalam industri dobi. Perkara ni byk telah dibangkitkan oleh kawan-kawan yang hantar email, ni yang kat sebelah kanan ni pun ada tanya (Salam perkenalan Korie!!) dan through sms. Ok lah. Untuk memberikan gambaran yang terbaik untuk kalian semua, dan rahsia kecil saya dalam marketing, kali ini saya rungkaikan serba sedikit bagaimana nak tarik pelanggan secara baik dan tidak melukakan hati competitor (walaupun sebenarnya, competitor pasti marah).
To be honest, sebagai pengusaha kedai dobi anda pastinya berada di kalangan competitor yang hebat-hebat diluar sana. Dari yang dah ada Franchise sampai lah yang dah ada 2 3 malah 10 kedai dobi cawangan. Well, perlukah anda takut pada saingan?
Adam Smith seorang economist mengatakan saingan ini adalah merupakan tindakan ramai individu atau syarikat syarikat yang berjuang secara sihat untuk mendapatkan kuasa dalam market untuk menjual, membeli barang dan khidmat servis.
Orang yang berjaya dalam saingan bagi saya memenuhi criteria utama yang disebutkan oleh Adam Smith iaitu bersaing secara sihat. Untuk bersaing secara sihat, seseorang itu perlu hilangkan penyakit hati seperti, iri hati, sakit hati, panas hati dan macam macam lagi yang berkaitan dgn hati. Kemudian perlu menanam perasaan USAHA iaitu usaha meningkatkan produktiviti, kualiti, servis dan layanan baik pada semua pelanggan (Jgn double standard!!!).
Mesti kalian semua tertanya-tanya ape sebenarnya yang saya ingin sampaikan ini. Lain orang tanya panjang lebar sangat celotehnya. Kalau anda bukan orang yang sabar itu, maka, INSYALLAH, impian anda untuk menjadi seorang pengusaha dobi yang berjaya PASTI GAGAL. Seperti yang saya katakan awal dulu, kesabaran dalam menjaga dobi ini amatlah di perlukan.
Ok, kalau ikut kan banyak cara untuk buat marketing. Akan tetapi nak jadi satu kedai dobi yang orang highlight dikalangan kedai dobi pesaing macam mana? Macam gambar di atas. Kalau anda boleh jadi Merah dikalangan yang Putih pastinya orang pilih anda sebelum ke kedai lain bukan? Interesting nya... ironiknya its not that easy.
Pastinya anda rasa "Kalau aku sorang buka kedai dobi kat sini mesti aku kaya cepat... hahahaha!" SILAP sedara sekalian. Tahu tak kalian semua, ada customer sejauh Valencia (Sg Buloh) dan Rahman Putra (Sg Buloh) datang ke kedai saya? Malahan ada yang datang dari Kepong semata-mata suka akan servis yang saya tawarkan. Yang dah pindah Jalan Duta pun datang balik utk servis saya. (BERLAGAK betul mamat ni kan?) Jangan salah anggap ya kengkawan, saya cuma ingin anda juga berjaya memikat pelanggan sampai rindu untuk dapat servis anda... (wah..cam erhem erhem lak ni... hikhikhik)
Kebanyakkan orang melayu yang buka kedai dobi cuma berpandangan seperti lelaki di atas. Sebab itu kekadang sekejap jer bertahan. Selalunya juga tidak peka terhadap kehendak orang ramai. Jangan fikir pelanggan MELAYU semata-mata. Fikirkan nak pikat pelanggan kaum CINA, INDIA, dan lain... (Kitakan nak kejarkan prinsip 1Malaysia).
Terkenang saya quote seorang lelaki yang memberikan kursus dobi pada saya dulu, "Kalau buka kat market MELAYU pasti akan success!". Mungkin certain area yea. Tahu tak, dari survey saya di area yang berpenduduk kaum CINA yang ramai ini mereka katakan yang orang MELAYU basuh bersih (Certain-certain kedai dobi melayu laaa...). Mereka percaya, yang orang melayu yang rajin solatnya ni, akan cuci pakaian seperti pakaian mereka bawa ke solat. Jika Anda boleh pastikan ini, saya pasti ada dikalangan kaum lain ini akan menjadi marketing tools untuk anda. Tak percaya?
Tools yang macam mana? Soalan itu anda sebagai pengusaha perlu tahu macam nak buat. Tak pernah buat marketing? Hm... Oklah, untuk permulaan, bunting, banner brochure itu amat penting. Pada awal pembukaan Laman Ampaian, saya cuba elakkan banner, brochure, bunting kerana kosnya dan macam-macam legal permit perlu saya bayar dan buat. Dari 10,000 penduduk cuma 50 aje yang akan perasan. So, siapkan wang utk pengiklanan yea. Kalau anda seorang yang hebat, 1 bulan sudah cukup untuk kenalkan anda dalam satu brochure, banner dan bunting.
"Hmm saya dah buat dah... tak jadi pun..." fikirkan ape yang anda tulis dalam iklan anda tu? Fikirkan... Kalau yang baru buka, gunakan tools pengiklanan tu utk bagi orang FREE GIFT! Nak contoh? Wah... best nya korang... Nak Saya ceritakan semua ke? Buatlah, Dobi baru di buka! Pelanggan baru yang tunjukkan brochure ini akan dapat diskaun berapa percent? (Untuk beberapa item sahaja) FREE 1 kilo? Ah... pastinya ada lebih creative kan? Susah ke? Tak perlu color brochure pon...
INGAT!!! Jangan buat lebih dari satu promosi dalam satu masa. Jangan buat promosi terlalu kerap. Jangan lukakan hati pesaing anda. Jangan bermain dengan HARGA!! Rezeki yang ALLAH kasi tu perlu di kongsi bersama. Anda tamak, anda akan rugi. Banyak perkara baru yang anda akan belajar. Jadi, jangan gelojoh!
Senyum dan manis mulut juga adalah satu marketing tools yang baik. Bukan kena bayar pun. Concern tentang orang punya needs. "Think what you want from your own service" Kalau anda berfikiran seperti customer dan manis mulut, anda pasti di gilai semua mak2 orang, akak-akak, Datin-datin, anak dara orang malah Dato-Dato pun akan sentiasa suruh driver dia hantar baju kat anda.
Akhirnya, yang benar-benar membuatkan anda punya marketing berkesan adalah ISO anda dalam buat kerja. Motto saya "Membersihkan baju orang seperti kita membersihkan baju kita sendiri." Applied to orang-orang yang pembersih dan pentingkan kesihatan diri. Jadi, bila mengajar pekerja, benda ini saya terapkan. Alhamdulillah saya bersyukur kerana rezeki itu sentiasa datang mencurah-curah. Bjiak berkata dan ada ilmu, orang pasti suka anda...
So, saya tak boleh la berikan tips yang berlebihan. Nanti kamu semua jadi pengusaha ikut telunjuk orang. Jadi, membaca dan cari idea-idea yang tak menggangu pesaing anda adalah perkara yang boleh membuatkan anda seorang yang amat berjaya. Ape tips yang saya bagi ini untuk anda tambahkan idea2 bernas anda tu aje. Saya tahu, anda pun seorang yang bijak. Kerana orang yang bijak dia berani hidup dengan titik peluhnya sendiri bukan bergantung pada orang lain.
Baiklah, sampai di sini sahaja buat kali ini. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan menceritakan perkara-perkara yang kalian fikirkan perlu. So, jangan berhenti menulis dan memberi komen. Saya sentiasa membaca dan cuba menjawab persoalan anda. Kepada mereka yang ingin bertanya secara detail, sila email kan kepada saya di laman@profez.com.my. Certain ilmu perlu di rahsiakan dan certain boleh dikongsi. So, jom join training saya... saya bagikan semua tips2 yang saya gunakan.
Assalamualaikum... Selamat Menyambut Hari Wilayah!!!

Friday, January 1, 2010

Perihal Pekerja

SALAM TAHUN BARU 2010 untuk semua
Sekelip mata 2009 telah pun kita tinggalkan. Masa juga telah banyak merubah segala keadaan. Termasuklah kedai dobi saya. Ada kala nak juga ubah posisi dalam kedai. Maklumlah, saya seorang yang cepat boring tengok susunan sama sepanjang tahun. Walaupun pada dasarnya memang sentiasa berubah tidak mengikut masa, tapi saya masih kurang puas hati.
Perjalanan Laman Ampaian baru selangkah, tetapi amat memberansangkan dikala ini. Setelah bulan kesusahan kami lepasi, berbagai dugaan lain juga tidak terlepas hadir dalam operasi Laman Ampaian. Dalam konteks kali ini, ingin saya sharekan dugaan mengenai pekerja.

Tidak semua perkara mudah dalam mengurus kedai dobi. Untuk mendapatkan quality service yang cemerlang pemilihan pekerja juga mesti dibuat secara rapi. Pekerja pekerja saya di Laman Ampaian adalah pekerja yang tahan dengan kecerewetan saya dalam penghasilan kerja. Saya kena pastikan mereka bekerja dengan baik kerana saya ini tidak suka kerja kerja sambil lewa. Saya juga tidak suka orang menentang kehendak saya. Jadi, kalau pekerja saya itu seorang yang tidak bersemangat dan lemah dalam berfikir, saya akan berhentikan serta merta. Alhamdulillah saya masih belum pernah buang pekerja.

Kalau perihal pekerja ini, memang susah nak di gambarkan. Pelbagai karenah dan perangai. Dari yang pemalas, bekerja macam robot, dan yang berkira segala hal. Pekerja Melayu sudah byk saya gajikan, namun mereka ini tak kekal lama. Orang Melayu ni semua nak kerja ofis walaupun belajar setakat SPM dan PMR. Kekadang rasa marah dibuatnya sebab kalau nak minta kerja kat kedai dobi, jangan la harapkan kerja macam kat pejabat. Lepas dah sejam, lari balik sebab tak tahan pegang setereka. Hm... no wonder ramai taukeh cina ni ambil pekerja "Internasional". Senang nak suruh dan kalau nasib baik kuat bekerja.

Setakat ini seorang pekerja Melayu je yang bertahan dengan kerja ni. Saya jaga dia seperti adik saya sendiri. Walaupun terlalu banyak yang perlu dia belajar, tapi saya berharap saya boleh menggajikan dia dengan gaji yang besar suatu hari nanti. Saya masih mengajar dia tentang shop management kerana saya mahu dia menjadi manager di kedai saya. Setelah 5 bulan bekerja dengan saya, dia telah banyak belajar menahan perasaan gemuruh dia pabila menempuh masalah. Kena MARAH? Hm, memang banyak kali dah. Tapi yang amat bagus nya dia ni, dia belajar dari kesilapannya.

Seorang lagi pekerja Melayu saya ni adalah adik sepupu saya. Slot ni memang saya ada peruntukkan untuk adik beradik dan sepupu sepupu saya. Kenapa? Di sini lah kita bleh start didik ahli keluarga agar sentiasa bertanggunjawab dalam kerja. Kalau kita tak mulakan, esok lusa bila mereka bekerja rasa tanggungjawab itu tak lahir dalam diri mereka. Apa pun ini adalah usaha saya agar ahli keluarga juga berjaya dalam hidup mereka. Well, bukan semua dapat. Selected ahli keluarga sahaja. Ini pun perlu screening. Yang dah tak boleh di bentuk buat ape di beri kerja.
Saya juga ada 2 lagi pekerja buruh yang kuat bekerja dan masih bekerja untuk saya. Saya pernah ada 2 pekerja Indon sebelum ini dan sekarang keduanya dah berhenti. Mereka ni tuan tuan kuat berlakon. Tapi nasib saya ni baik agaknya kerana tiada benda yang hilang. Mereka jujur tapi sesama mereka pun boleh gaduh. Kelakar pun ada bila kenang kan balik.

Yang sekarang ni, memang kuat bekerja. Arahkan aje, memang settle kerja2 kat kedai. Kalau nak cari pekerja mesti yang rela mati untuk kita. Itu paling istimewa. Kalau setakat kerja nak dapat gaji tu, baik buang aje. Cuba bayangkan, kerja tak siap, sanggup datang awal keesokkan harinya untuk buat kerja. Mana nak dapat macam ni. Best gila. hehehe
Saya ni seorang yang lembut hati juga. Setakat ni dah 2 kali saya naikkan gaji pekerja saya. Saya sedang planning nak naikkan gaji manager kedai pula lepas ni. Bonus kalau boleh bagi sikit2. Maksud saya bagi target sales kena achieve. Sales kedai dobi bergantung pada hasil kerja mereka ni. Kalau kerja bagus, sales bertambah. So, saya setkan pada mereka. Jadi secara tak langsung, saya tak perlu risau akan kualiti kerja. Yang pasti saiapa tak nak dapat extra duit kan?
Kenaikan gaji juga ada kena mengena ngan sales dan performance. Saya selalu umpan mereka. 3 bulan buat kerja tanpa ada complain dari customer dan sales bertambah RM1500 setiap bulan ada kenaikan gaji. Bole ke dapat kenaikan macam itu? Untuk pengetahuan semua, sudah 3 bulan sales saya pernah rasa naik sebanyak RM1500.
Apa pun yang penting dalam menjaga pekerja ni, semua kena ada. Tegas dan Tolak ansur. Jangan bagi mereka pijak kepala tetapi jaga mereka seperti anak sendiri. Pastinya, anda boleh control mereka ni. Oklah, celoteh dah panjang sangat ni. Kalau saya punya masa, saya akan buat coretan lain... Sekian, wassalam.

Followers

PROFEZ Visitors