
Alhamdulillah saya dapat kembali memberi coretan kepada pembaca pembaca semua. Saya tahu ramai di antara kalangan pembaca sedang bercita cita mempunyai sebuah kedai dobi. Ramai juga feedback saya terima bertanyakan bagaimana hendak bermula. Ok lah untuk kali ini saya akan pecahkan sedikit demi sedikit agar pembaca yang ada cita-cita untuk berniaga dan membuka kedai dobi ini boleh mencuba. Bukan bermakna apa yang saya berikan ini akan anda semua alami mungkin dalam keadaan lain, anda akan menghadapi perkara perkara yang berbeza. Insyallah, mungkin anda akhirnya berpeluang mempunyai kedai dobi sendiri.

Dryer 13kg - 15kg* Anggaran - RM9k - RM15k (Ni depends pada maintenance support)
Mesin basuh 13kg top load - RM2k - RM2.5k
Mesin basuh 8kg LG front load - RM2k - RM3k
Steam Iron with board - RM4.5 - RM5k
Ada mesin mesin ini setiap satu, anda dah boleh buka dobi untuk membasuh dari sekecil pakaian, sehingga ke comforter. Macam mana? Boleh cover cost anda?

Sabun & Softlan 5 drums each - RM300 + RM325 = RM625
Plastic bungkus baju - RM200
Plastic baju gosok - RM200
Pewangi/penghilang kotoran - RM100
Hanger 4 gross -RM100
Lain2 - Kanji, color go, multiclean, emulsifier, etc - RM200
Gas - RM23.50 setong
Hm... setakat ini anda sudah boleh beroperasi tanpa kedai cuma perlukan elektrik dan salur air.
Hm... setakat ini anda sudah boleh beroperasi tanpa kedai cuma perlukan elektrik dan salur air.
Senang kan? Hehehe... jangan berkerut dahi... sebabnya masih byk yang perlu anda buat.
Sebagai seorang supplier atau orang yang mengadakan kursus dobi, mereka akan kata RM20k sudah cukup untuk buka dobi. Hati-hati yea... kerana kalau ikut kan kiraan betul, skrg ini pun anda mungkin telah habis RM20k. So, becareful!

Renovation ruang depan - RM5k - RM10k
Pendawaian Letrik - RM2.5k
Piping - RM1.5k
System nak susun atur tu, rahsia saya lagi lah yea. Bukan kedekut ilmu, tapi tak boleh nak share kat sini. Lagi pun kedai belum buka lagi kan? Hehehe. Ok... Dah abis benda-benda ni saya nak sentuh ke bahagian barang support contohnya:
Kipas/Aircond - Bawah RM1k
Penggantung baju dan Rak - RM1k - RM2k
Bakul Baldi - RM500
Buku resit - RM150
Others Stationery - RM300
Papan Iklan & Advert - RM2k

Selepas dah buka, jangan lupa adakan wang kecemasan sebanyak 3 ke 6 bulan sewa kedai. Kalau anda seorang businessman ada support yang byk, perkara ini boleh anda abaikan.
Saya sedang berusaha mencari input untuk kegunaan semua suatu hari nanti bagi mereka yang berminat untuk membuka kedai dobi. Kalau semua dah siap, nanti saya inform di sini.
Banyak lagi yang belum saya share. Selepas ini saya akan share dengan semua mengenai pekerja saya, macam mana dengan perangai mereka, macam mana saya uruskan mereka, macam mana kebajikan mereka saya jaga, macam mana saya pilih mereka untuk bekerja, dan macam macam lagi lah. Ingin saya kongsi kan sekarang, namun, saya ada meeting sat lagi kat KL. So, kena stop dulu. lagi pun, dah panjang sangat dah untuk anda semua baca. Kan? hehehe. Apa-apa pun tingkatkan usaha. Jangan menyerah kalah. Dan kurangkan bergantung pada org lain kalau boleh. Byk org ambil kesempatan atas kelemahan kita. Adios... Salam berjaya untuk semua!!
Comments
Post a Comment