Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Tuesday, November 24, 2009

Menjadikan Angan-angan ke Realiti SR2

Salam kembali,

Baiklah, saya sambung kembali ceritakan pengalaman perit manis dalam usaha untuk mempunyai kedai dobi...

Setelah berhempas pulas menyelesaikan perihal lesen, signboard, kedai, iklan, setup mesin, renovation dalam kedai, perabot, computer, system setting dan alatan alatan seperti penggantung baju dan penyidai comforter, maka bermulalah impian yang datang dari angan-angan itu menjadi kenyataan.

Bagi tuan-puan yang tidak punya pengalaman dalam perniagaan atau modal tak banyak, saya syorkan kepada kalian, agar membuat sesuatu yang boleh anda buat dari kecil kecilan. Kalau hanya ada idea dan kertas kerja sahaja, tiada bank akan membantu kalian. SME Corp, bank SME dan others badan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu ini perlukan lebih perhatian daripada tuan puan. Maksudnya, kalau tuan puan tak kejar, tak mahu kenal siapa mereka atau tak rapat ngan mereka, maka terjadinya 6 ke 12 bulan kemudian untuk mendapat kan bantuan modal tersebut (itupun kalau nasib baik).

Saya bercakap melalui pengalaman. Saya bernasib baik juga kerana sebagai bekas Pelajar MRSM, pihak MARA mahu membantu (loan) saya walaupun tak banyak. Yang ini mengambil masa 1 bulan 15 hari (dokumen lengkap dan saya kejar tiap2 hari).

Saya mengira hutang saya hampir mencecah RM100k... Sebelum itu, saya ada mencari bantuan geran kerajaan yang diwarwarkan di semua media masa. Maklum lah... masa ni semua source of reducing burden hutang ni perlu dicari. Byk tuan puan... geran yang ada. Dulu SMIDEC skrg dah SME Corp. tapi process nya sama. Saya pernah berjumpa dengan CEO SMIDEC untuk merayu bantuan agar dapat lah peniaga muda seperti saya ni hidup dgn hutang yang kurang... tapi... GAGAL.. kerana perniagaan saya dah lepas setahun. So, ingat tuan puan, syarikat anda perlu kurang setahun baru boleh minta bantuan perniagaan dari SME Corp.

Dalam begitu, bantuan geran ni ada yang kelakar dan tak masuk dek akal. Tuan puan mesti sewa satu kedai, register perniagaan dobi tuan puan, ada iklan kat depan kedai(tak compulsory), mesti ada quotation untuk mesin baru boleh dapat start up business programme. Lepas semua dokumen yang di perlukan di hantar, 14 hari yang di janjikan belum tentu tertunai. Maka kekadang drag ke 3 bulan... 4, 5, 6 malah 8 bulan pun ada. Bayangkan kalau dah sewa kedai 8 bulan tapi tak buka2 kedai dobi... mesin tak mampu beli... Bank tak nak kasi pinjam... ape kes? Hahaha... Fair enough kalau diorang tolong byrkan terus pada suppliers, tapi anda masih perlukan modal pusingan... nak beli sabun...dan barang2 lain. Kalau tak de modal at least RM20k dalam tangan memang angan-angan tetap akan jadi angan angan..

Tuan puan kena ingat, sewa kedai perlukan deposit. Kalau sewa kedai bawah at least paling kurang RM1500 (tempat teruk)... 3 + 1 dah RM6k... Tu tak buat renovation lagi. Piping dan wiring kata lah RM1k... (buat simple2). Register lesen budget lah Dalam RM700. Katalah renovation cuma nak cat, beli counter, beli tempat gantung, mesin timbang, pegeon hole (2nd hand Rm5), kipas, beli alatan tulis/buku resit dan lain2 RM3k. Beli mesin basuh biasa pulak yang 15kg top load (RM2k++) beli 1 lagi top load 7kg (RM600). Steam iron set (Iron dan board) bwh RM5k. Dryer RM6k++ kalau ada lah... Ini dgn harapan dapat cari kedai dobi yang ada dry clean boleh bagi diskaun utk tuan puan bila sub. Sabun, softlan dan pewangi serta brg2 + chemical lain katalah habis RM1k. Tadda!!! dah dapat sebuah kedai dobi... Duit nak pusing modal? Hehehehe...

Saya tak supply mesin2 cuma sabun jer... itu pun saya jual ngan harga kos untuk mereka2 yang ingin menjadi rangkaian saya... saya beli byk dapat diskaun, harga diskaun bagi kat kawan2 saya. Oh ya... saya ada kawan yang supply mesin, boleh minta advise harga.

Secara kesimpulannya, memang susah nak berbuat sesuatu kalau kita fikir susah. Saya pula mungkin bernasib baik kerana dah ada business IT saya sendiri. Dari payment contract saya lah saya cuba survive. Tak senang mana tuan puan jadi ahli perniagaan ni. Usaha lebih dapat lebih. Kalau malas dapat malas la. Jadi sekian bingkisan saya untuk kali ini... harapan saya agar tuan puan berusaha dapatkan wang yang boleh bantu tuan puan membuka sebuah kedai dobi.

No comments:

Post a Comment

Followers

PROFEZ Visitors