Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Sunday, November 15, 2009

Menjadikan Angan-angan ke Realiti SR1

Salam dan Selamat Sejahtera kepada para pengungjung blog LAMAN AMPAIAN. Saya berasa amat terharu bila mengetahui yang ada dikalangan pelawat suka mengikuti perkembangan blog kami. Saya juga berterima kasih kepada pembaca yang sudi menulis email dan memberi kata peransang kepada kami khususnya Laman Ampaian agar sentiasa berjaya dalam usaha kami dalam bidang perniagaan. Kami juga sedang berusaha agar blog kami ini dapat bertukar menjadi medan pertukaran ilmu dan perniagaan insyallah suatu hari nanti.
Saya sepatunya menceritakan perihal sabun dan softlan. Akan tetapi banyak perkara yang belum sempat saya buat termasuk mengumpul maklumat dan sebagainya, jadi saya buat dulu tajuk ini.

Baiklah, berbalik kepada topik saya hari ini iaitu menjadikan angan-angan kepada realiti. Saya bermula dari seorang yang makan gaji dengan gaji yang tak seberapa walaupun mempunyai Ijazah kepujian dalam bidang akaun. 3 tahun yang lepas saya berhenti kerja kerana rasa tidak puas hati memerah keringat dan otak untuk memberikan kekayaan kepada orang lain yang tak pernah sekali pun menilai usaha dan komitment yang saya berikan. Dari situ saya berfikir dan mencari arah tujuan yang sesuai untuk diri saya.
Tentunya dari email yang saya dapat bertanya kepada saya dari mana nak cari modal untuk buka perniagaan dobi saya ni? Untuk pengetahuaan semua pencarian modal saya bermula dengan penjualan "tumbdrive". Kenapa? tak percaya? Percayalah, modal yang kita minta pada organisasi kewangan maupun kerajaan penuh dgn formaliti dan birokrasi. Bukan mengutuk tetapi menceritakan realiti... tak lengkap, tak de penjamin, jgn harap dapat bantuan... itu procedure. (meminta seperti pengemis walaupun pada dasarnya kita perlu bayar semula kepada mereka).
Pada dasarnya kita semua perlu sahut cabaran sendiri. Cuba jangan bergantung pada orang dan jangan menjadi hamba kepada diri sendiri. Saya membina PROFEZ HOLDINGS SDN BHD seawal usia 28 tahun. Menjual muka meminta kerja kerja ringan demi mencapaikan cita cita saya untuk mempunyai kedai dobi. Dari tumbdrive ke komputer seterusnya ke software development...;sampai terima ugutan saman dari employer lama kerana menuduh saya meniru software mereka, mengambil pekerja mereka dan menjual software mereka, (walaupun pada dasarnya saya tidak buat pun apa yang mereka tuduh)
Penat tuan tuan, naik turun bank dengan muka yang nampak terlalu mentah dalam perniagaan ini meminta agar diberikan pinjaman untuk memulakan perniagaan dobi. SEMUA ditolak. RP? Kertas Kerja? pergh... saya ni tak tahu buat benda ni semua. Jadi terus terang saya terpaksa bayar org untuk semua perkara ni. Dari situ saya mula tahu macam mana buat kertas kerja. Dari orang punya saya cari info untuk menjadi saya punya. Semua tuntutan bank saya penuhi dan akhirnya... saya gagal di awal tahun pertama. Duit semua dah nak abis. Sedih... kerja tak ada... duit pergh tinggal cukup makan jer.
Kerana tertekan saya mula menyusun strategy untuk perbaiki akaun dan mencari kerja yang lebih besar agar akaun saya nampak kencang di mata BANKERS. 4 bulan selepas itu, saya berjaya memujuk bank memberikan RM50k loan. Tanpa buang masa, saya pergi ke seorg supplier mesin yang juga buat kursus dobi ni... org melayu. Saya fikirkan saya pasti akan dibantu dari atas ke bawah... hm... hampeh... Itu sebbnya saya katakan tadi usahalah sendiri. Jgn mengharap. Dah di pegang RM20k duit saya, kalau cancel tak mahu pula dipulangkan, jadi, nak tak nak kena cari RM40k utk tampung belian mesin dari supplier tadi (kesimpulannya... tolong berhati hati!)
Kedai belum cari, renovation belum buat, duit dari mata kasar dah habis RM60k (RM20k dh byr RM40k nak cari) RM30k balance loan RM50k, saya buat modal sewa kedai dan sedikit renovasi. Bukan itu aje, mcm mcm perkara perlukan duit. Lesen, pengiklanan, api air, aircond, kipas byk lah lagi. Ingat RM30k tu banyak, abis jugak. Memang kalau nk buka sempoi dah settle dah RM50k tu. Tetapi tgk la lalu ke tak lau customer bertaraf medium high ni nak masuk ke kedai...Especially dgn apa yang saya dapat sekrg... So? Mcm mana? Susah tak nak buka kedai dobi ni setakat cerita saya ni? Ikuti SR2 untuk saya ringkaskan kerja saya yang susah ini. Saya share bukan untuk menunjuk. Tetapi untuk memberi ruang kepada semua yg ingin berniaga... especially Orang Melayu. Jangan risau... susah payah saya ni boleh anda ambil pengajaran dan simplifykan. Saya bermula dari bawah.
Ok? Saya ada meeting dengan client kejap lagi... so terima kasih kerana membaca... :) Salam....

1 comment:

  1. tahniah

    http://pakwattan.fotopages.com/

    ReplyDelete

Followers

PROFEZ Visitors