Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Monday, September 14, 2009

Dry Clean telah penuh untuk RAYA

Salam semua, bulan Ramadhan banyak mengajar kita semua mengenai kesabaran dan keikhlasan dalam berbuat pelbagai perkara. Begitu juga kami di Laman Ampaian. Setelah sekian lama beropoerasi, rezeki yang diberi olehNya semakin melimpah luah. Alhamdulillah atas rezekiNya.
Tidak di nafikan pelbagai dugaan dihadapi oleh kami especially Aku lah (taukeh kedai) kerana bila ada kesilapan, yang bakal menjawab adalah diri ini yang kelihatan kerdil diwaktu itu... Macam karangan dairi la pulak yea? Hehehe. Walaupun jarang sekali tetapi bagi Aku, ianya sesuatu yang sukar untuk diperjelaskan kepada para pelanggan. Contoh kesilapan yang terbaru iaitu yang ketiga dalam sejarah operasi kami adalah baju yg dibasuh biasa keluar bulu. Seperti tuan-tuan sedia maklum, baju basuh biasa yang kami process tidak melibatkan pemeriksaan teliti seperti dry clean atau hand wash. jadi bila keluar mesin dan berbulu menyebabkan otak membeku dan lidah terkedu. Walaupun sebelum ini perkara yang sebegini tidak pernah berlaku kepada kami. Susah kan jaga baju orang?
Dalam process dry clean, setiap baju akan diperiksa dari colar sampai ke bawah. Ini untuk memastikan tiada kesan kotoran, koyak dan sebagainya selepas basuhan. Jadi bila terdapat sesuatu yang mencurigakan, adalah WAJIB bagi pekerja kami untuk memastikan yang pelanggan tahu akan kecacatan yang pernah ada sebelum ini. Unlike basuhan biasa, iya kami tetap menghilangkan secara spot kotoran-kotoran pada baju pelanggan, akan tetapi, tidak pula di lihat keatas kecacatan pakaian tersebut. Cuba bayangkan ada lebih 200kg pakaian yang nak dibasuh setiap hari dan kami kena buang masa tengok baju setiap satu? Itu tidak termasuk pakaian untuk dry clean. Jadi secara nasib jika terjumpa, kami akan memaklumkan.

Oh yea, tugasan yang melewatkan perkara berkaitan dry clean adalah menggosok. Selalunya kami boleh siapkan dalam masa 2 jam sekali gosok untuk 10 helai pakaian. Tetapi bila dah department gosok penuh terpaksa lah di tunda kehari yang kekosongan.

Lihat gambar di atas ini... beg merah yang bertulisan tu adalah kepunyaan seorang artis AF (akademi Fantasia) yang kini menjadi pelanggan tetap kami. Alif namanya. Actually ramai artis kat tempat kami ni. Cuma Alif jer yang baru jadi pelanggan kami. Yang lain mungkin dah ada org gaji kot? hehehe

Selalunya begini lah seharian selepas waktu kerja. Dan waktu puncak orang datang ambil dan hantar adalah dari jam 6 ptg sehingga 9 mlm. Bagi pelanggan tetap kami, mereka akan call minta tunggu kalau tersangkut dalam kesesakkan jalanraya. Yang paling lama setakat ini adalah sehingga setengah jam.

Dry clean untuk raya sekarang telah mencecah maximum kapasiti kami. Availability untuk dry clean sekarang pun hanya untuk hari Jumaat, itupun kalau hantar hari ini dan esok. Selepas ini kami akan bercuti selama 3 hari bermula dari hari Ahad (20hb Sept) sehingga Selasa(22hb Sept) . Kami juga akan mula beroperasi seperti biasa selepas Raya ini. Mungkin juga waktu kerja hari Ahad kami selepas ini akan mula berubah. Masih dalam pertimbangan... Oh yea, kepada penduduk Bandar Sri Damansara, lagi sekali kami maklumkan bahawa kami open 7 hari seminggu cuma Ahad jer half day. Dan bagi yang datang tetapi kami dah tutup, kami memohon sepuluh jari memohon maaf diatas kesulitan yang anda semua hadapi.
Kesempatan sempena kedatangan bulan SYAWAL yang mulia ini, kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir dan batin. Jika ada salah silap, harap di ampunkan. Jika terdapat ketidak puas hatian sila sampaikan agar kami dapat berbuat sesuatu. Sila berhati hati di jalan raya sewaktu pulang atau bercuti. Sayangilah keluarga anda! Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Followers

PROFEZ Visitors