Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Wednesday, April 29, 2009

Basuhan comforter

Alhamdulilah semua perkara kecuali yang berkaitan dengan kewangan telah pun dapat di serasikan. Sukar untuk dipercayai dengan masa yang sesingkat ini, ruang-ruang kosong tempohari kian bertambah penuh dengan pakaian pelanggan di Bandar Sri Damansara dan juga di Bandar Tasik Puteri Rawang. Cucian basah @ Wet Clean yang kami perkenalkan sudah nampak menjadi pilihan para pelanggan. Kenaikan jualan sebanya 85% pada bulan kedua juga amat memeranjatkan. Al-maklum bulan pertama agak tidak menjadi. Orang ramai sudah mula mengenali Kedai Dobi Laman Ampaian. Mungkin berkat doa kedua ibubapa kami dan berkat kerja keras dan tawakal kepada NYA. Agak menggelikan hati jika direnung kembali seminggu pertama kami beroperasi, sales tak melebihi RM20 dan baju kami byk tergantung didepan kedai. Kini setelah hampir cecah 2 bulan sehari sudah hampir sepuluh kali ganda. Namun itu tidak bermaksud kami sudah puas hati. Kami akan tetap berusaha dari segi pemasaran, kualiti dan kuantiti.
Kini, kami sedang cuba mengorak langkah di mana kami akan mula menggajikan pekerja dalam masa terdekat. Cumanya pekerja pekerja Indon sekarang sudah kenal perkataan DEMAND. Well, kalau nak demand, bagi saya boleh suruh mereka ni pulang sahaja ke negara asal. kami masih mencari calon yang sesuai untuk membantu operasi kedai kami. Dulu kami guna almari pendek, sekarang sudah ada almari besi.
Hm, tempat gosok ni sudah tidah selengang ini dikala ini. Setiap hari tidak kurang 100 helai pakaian menanti untuk di gosok. Letih memang tidak terkata. Boleh kata patah riuk kalai setiap hari begini. Mungkin benar kata pelanggan kami, dulu duduk office, jadi bila kena berdiri macam ni, memang lah terasa penatnya...
Teknik menggosok yang kami praktikkan adalah teknik menggosok di rumah. Alhamdulillah, ramai yang suka teknik kami ini. Mereka boleh pilih nak buat line, mereka boleh pilih nak pakai kanji atau tidak, mereka juga boleh memilih untuk sidai macam mana. Best kan? Bagi setengah kedai dobi, benda benda sebegini membebankan. Akan tetapi jika tahu cara untuk mempercepatkan, ianya tetap berbaloi.
Kawasan ini pada awalnya penuh dengan comforter. Sebut pasal comforter, lupa lah, cerita pasal basuh comforter ni terpaksa di post pone kan. Mood tengah belum ada nak cerita pasal comforter... Oh iya, dulu orang kata ramai pelanggan tergolong dari kaum Melayu. Rubbish. Perhaps kalau kamu buka di kawasan bukan kaum Melayu pun kamu boleh survive.
Beginilah setiap hari di susun apa yang nak dibasuh dan apa yang nak di keringkan. Setiap hari tempat ini akan dipenuhi dengan bakul. 7 hari yang lepas, jalan nak ke mesin pun tak ade. Sebab terlalu penuh. Gembira ada pening pun ada.
Bila pelanggan hantar comforter, tak semestinya bau dia busuk. Amat busuk pun ada. Bau kencing, bau... segala bau lah. Yang dah kena kencing kami amalkan tidak di campur dengan pakaian lain. Ngantuk pulak menainp ni...
Dah siap basuh dan kering, packing lah. Kalau dapat gaji buat packing jer pun best... interesting tau.
Akhirnya, akan dipenuhkan semua benda kat sini. Kami namakan tempat longgokkan basuhan bersih... Terasa amat ngantuk untuk disambung. Saya tidur dulu... cau...











No comments:

Post a Comment

Followers

PROFEZ Visitors