Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Sunday, March 29, 2009

Setelah bermula segala kerja-kerja ubah suai, hati kami berdua berasa sedikit lega kerana telah ada progress dalam perancangan kami. Namun, ada juga terdetik rasa sangsi dan ragu terhadap kontraktor kami...Sedikit demi sedikit kerja pemasangan siling dibuat. Sepatutnya mereka cuma perlu buat bahagian hadapan sahaja. Tetapi atas kedegilan kontraktor kami (Tak dengar arahan) mereka buat sekali dengan bilik pejabat kami. A bit up set tetapi apa nak buat... memang takde lain kali untuk kontraktor ini...
Kerja ini sepatutnya siap dalam masa seminggu telah mengambil masa lebih dua minggu untuk disiapkan. Yang agak mengecewakan, kontraktor ini takut kami berdua tak bayar kerja-kerja mereka. Walhal, sehingga hari ini setelah bayaran dibuat, kerja yang sepatutnya tidak dibuat juga. Amat kecewa dengan sikap sesetengah kontraktor yang tak bertanggungjawab.
Ini sewaktu memeriksa kerja kontraktor yang baru sahaja siap membuat dinding ini setelah dua minggu masuk site.
Habisss meja yang baru kami beli. Pengajaran utama jangan beli apa-apa perabot sebelum buat ubah suai. Jahanam harta benda. Kontraktor sentiasa tak bertanggungjawab. Atas alasan kerja mereka buat ubah suai bukan angkat meja.
Ini lah keadaan di luar kedai kami. Percaya atau tidak, berbuih suruh kontraktor tolong bersihkan pelekat-pelekat depan pintu kedai... sampai hari ini tak buat pon...

No comments:

Post a Comment

Followers

PROFEZ Visitors