Sabun dan Softener BIO PROFEZ (Bercirikan tumbuh tumbuhan)

MENJAGA, MEMBERSIH & MEWANGIKAN FABRIK ANDA

Sunday, March 29, 2009

Sejarah bermula

Kedai dobi Laman Ampaian telah ditubuhkan pada 2hb Mac 2009 oleh En Wan Saiful Hafez bin Amran dan Puan Zuraihan Abu Bakar. Perasmian kedai dobi kami telah disempurnakan oleh kedua ayahanda dan bonda En Hafez dan Puan Zuraihan pada Malam 29hb February 2009.

Kedai dobi Laman Ampaian merupakan hasil cita-cita kedua pemilik kedai ini yang telah lama merancang untuk membuka sebuah kedai dobi sejak dari mula penglibatan En Hafez di dalam bidang perniagaan. Pelbagai perancangan dan usaha telah dibuat sebelum lahirnya kedai dobi Laman Ampaian ini. Pemilihan nama kedai ini telah dibuat kerana memikirkan ciri-ciri yang berkaitan dengan kedai dobi. Pada mulanya nama kedai ini adalah Clips Laundry.my. Namun nama tersebut tidak dibenarkan oleh majlis perbandaran dan terus nama Laman Ampaian diguna pakai.

Tema warna kedai juga telah dipilih bersama iaitu warna purple bersempena warna tema syarikat PROFEZ HOLDINGS SDN BHD iaitu ibu syarikat yang mempunyai pegangan saham dalam Laman Ampaian. Di dalam blog ini kami akan menampilkan gambaran kerja-kerja dobi bagi tatapan semua. Sesungguhnya kami amat berbangga atas lawatan pengunjung ke blog Laman Ampaian ini. Insyallah jika diizinkan, kami mengembangkan perniagaan kami dengan membuka cawangan-cawangan di tempat-tempat lain. AMIN...

2 comments:

  1. sy mohon share blog u ni kat facebook ye.. Under ID ORANGEDOBI

    Tq dan salah ukhwah...

    ReplyDelete
  2. Ok... boleh..utk pengetahuan semua yg berminat utk buka dobi...

    Ilmu dan pengalaman yg saya timba ini utk semua org yg ingin berjaya dalam perniagaan...

    ReplyDelete

Followers

PROFEZ Visitors