LAMAN AMPAIAN bermula dengan perancangan pengubahsuaian dalaman yang telah di pilih oleh En Hafez dan Puan Zuraihan. Setelah seminggu berfikir akan pelan lantai dan konsep kedai dobi, maka bermula proses pengubahsuaian tersebut.
Ini adalah antara kerja-kerja asal pengubahsuaian kedai dobi Laman Ampaian. Banyak perkara yang diambil kira sebelum kerja-kerja ini buat. Walaupun begitu, ada juga kerja-kerja kontraktor yang dilantik tidak memuaskan hati kami.
Beginilah keadaan kedai dobi kami sebelum kerja-kerja ubah suai dimulakan. Pada mulanya perasaan gementar dan takut sentiasa bermain di fikiran kami. Al maklumlah kerja-kerja belum siap tetapi wang telah pun mula keluar.
Seterusnya anda akan menyaksikan hasil setelah siap kerja-kerja ubah suai...
Pengilang dan penjual bahan pencuci pakaian utk kegunaan rumah dan komersial - dobi, hotel, hospital, asrama dan pelbagai industri. Produk kami seperti sabun, pelembut pakaian, pencuci lantai, tangan, pinggan, clorox, pewangi fabrik dan bemacam lagi. Kami sentiasa mengalu-alukan agent dari seluruh Malaysia untuk menjual produk kami yang berkualiti pada harga keuntungan yang menarik. Membuat produk OEM untuk yang berminat.
Comments
Post a Comment